Menafsir keperluan masyarakat dalam perancangan pembangunan bekas tapak pelupusan di sekitar kawasan perbandaran di Malaysia
Pembangunan semula brownfield khususnya brownfield kategori B yang sesuai dengan kehendak masyarakat adalah satu kaedah perancangan bandar yang baharu di Malaysia. Artikel ini bertujuan mentafsir keperluan masyarakat berdasarkan keutamaan isu yang perlu diatasi; jenis pembangunan semula; dan fungs...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9197/ http://journalarticle.ukm.my/9197/ http://journalarticle.ukm.my/9197/1/12x.full-geojun15-maz-edkatam.pdf |
Summary: | Pembangunan semula brownfield khususnya brownfield kategori B yang sesuai dengan kehendak masyarakat adalah
satu kaedah perancangan bandar yang baharu di Malaysia. Artikel ini bertujuan mentafsir keperluan masyarakat
berdasarkan keutamaan isu yang perlu diatasi; jenis pembangunan semula; dan fungsi pembangunan sebagai taman
awam sebelum pembangunan semula bekas tapak pelupusan dilakukan. Kajian persepsi ini dilakukan ke atas 375
respoden yang tinggal di sekitar empat kawasan bekas tapak pelupusan di Jinjang Utara, Paka Sg Besi, Ayer Hitam
dan Indera Mahkota. Hasil kajian menunjukkan masyarakat mempunyai susunan keutamaan tersendiri bagi ketigatiga
perkara membabitkan isu, jenis dan fungsi pembangunan bekas tapak pelupusan di sekitar kawasan kediaman
mereka. Perkara paling pokok yang diberi keutamaan oleh masyarakat dari segi isu ialah bau busuk; bagi jenis
pembangunan keutamaannya ialah taman rekreasi; dan bagi fungsi pembangunan keutamaannya ialah sebagai
kawasan aktiviti rekreasi luar masyarakat. Keutamaan ini penting untuk dijadikan panduan asas kepada Pihak
Berkuasa Tempatan di Malaysia dalam mengenal pasti keperluan masyarakat bagi membangunkan semula bekas
tapak pelupusan di persekitaran kawasan kediaman mereka. |
---|