Kesan aktiviti pembangunan tanah terhadap kawasan punca pengambilan air di Cameron Highlands
Pembangunan guna tanah merupakan aspek penting dalam pertumbuhan ekonomi dan peningkatan tahap sosial masyarakat. Bagaimanapun, pembangunan guna tanah sering kali dikaitkan dengan kemerosotan sumber alam khususnya sumber air. Hal ini kerana aktiviti guna tanah yang dijalankan di kawasan tadahan ai...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9196/ http://journalarticle.ukm.my/9196/ http://journalarticle.ukm.my/9196/1/11x.full-geojun15-arno-edkatam.pdf |
Summary: | Pembangunan guna tanah merupakan aspek penting dalam pertumbuhan ekonomi dan peningkatan tahap sosial
masyarakat. Bagaimanapun, pembangunan guna tanah sering kali dikaitkan dengan kemerosotan sumber alam
khususnya sumber air. Hal ini kerana aktiviti guna tanah yang dijalankan di kawasan tadahan air telah menyebabkan
kesan negatif kepada kawasan punca pengambilan air. Sehubungan dengan itu, artikel ini akan menghujah bahawa
aktiviti pembangunan guna tanah yang dijalankan dalam lingkungan kawasan punca pengambilan air memberi kesan
negatif kepada kawasan dan kualiti air di Cameron Highlands. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini
adalah analisis Sistem Maklumat Geografi (SMG) versi 10.1 yang melibatkan analisis pertindihan (overlay analysis)
dan analisis tadahan air (watershed analysis) berdasarkan point based watershed analysis. Di samping itu, temu bual
semi struktur, penggunaan data sekunder dan google earth turut digunakan. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti
guna tanah di kawasan tadahan air telah menyebabkan kesan negatif terhadap kualiti air yang kemudiannya
menyumbang kepada masalah pengeluaran dan pengagihan sumber bekalan air di kawasan tersebut. |
---|