Kualiti sumber air di Malaysia: satu analisis
Air merupakan sumber alam semula jadi. Keaslian air telah mewujudkan pelbagai ekosistem yang menghubungkan antara benda hidup dan benda bukan hidup yang bergantung antara satu sama lain. Artikel ini bertujuan mengulas ciri-ciri sistem sumber air dari perspektif kualitinya. Ciri-ciri fizikal air ya...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9195/ http://journalarticle.ukm.my/9195/ http://journalarticle.ukm.my/9195/1/10x.full-geojun15-angkeanhua-edkatam.pdf |
Summary: | Air merupakan sumber alam semula jadi. Keaslian air telah mewujudkan pelbagai ekosistem yang menghubungkan
antara benda hidup dan benda bukan hidup yang bergantung antara satu sama lain. Artikel ini bertujuan mengulas
ciri-ciri sistem sumber air dari perspektif kualitinya. Ciri-ciri fizikal air yang sangat unik telah menjadikan air
sebagai pelarut yang universal. Namun, perubahan masa dan ruang yang sangat pantas menyebabkan manusia yang
sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi sumber ini semakin lupa diri. Aktiviti manusia yang
dijalankan tanpa batasan telah menyebabkan pencemaran air, iaitu percampuran antara bendasing dengan air bersih.
Pencemaran air ini boleh dikaji dan dinilai melalui tiga parameter utama, iaitu parameter fizikal, parameter kimia,
dan parameter biologi, serta pencemaran logam berat. Punca utama pencemaran air boleh dikategorikan kepada
pencemar organik, pencemar bukan organik, pencemar toksik, pencemar kimo-fizikal, dan pencemar mikrob.
Pencemaran air boleh memberikan impak negatif kepada kesihatan, kepupusan hidupan akuatik, dan menjejaskan
faktor-faktor lain. Oleh itu, manusia perlu mengamalkan sikap memulihara dan memelihara sumber air semula jadi
ini melalui pengurangan faktor penyumbang pencemaran air, mengitarkan semula air tercemar, dan mengekalkan
kualiti sumber air daripada terus ‘hilang’ daripada permukaan bumi ini. |
---|