Sempadan dan pertikaian pemilikan tanah adat di Sarawak
Pertikaian pemilikan tanah adat secara jelasnya berpunca daripada tiga faktor utama iaitu status, kesahihan pemilikan dan keluasan sebenar tanah yang dimiliki. Konflik masyarakat berhubung dengan perkara tersebut boleh dikaitkan dengan cara informasi tanah diperoleh. Kebanyakan pemilik tanah adat...
Main Authors: | , , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9172/ http://journalarticle.ukm.my/9172/ http://journalarticle.ukm.my/9172/1/9x.geografia-jul15-azima-edbibam.pdf |
Summary: | Pertikaian pemilikan tanah adat secara jelasnya berpunca daripada tiga faktor utama iaitu status, kesahihan pemilikan
dan keluasan sebenar tanah yang dimiliki. Konflik masyarakat berhubung dengan perkara tersebut boleh dikaitkan
dengan cara informasi tanah diperoleh. Kebanyakan pemilik tanah adat mendapatkan informasi tanah milik mereka
secara lisan iaitu melalui informasi mulut ke mulut. Hal ini akhirnya menjadi satu cabaran yang besar kepada
masyarakat apabila timbul pelbagai anggapan dan intepretasi yang berbeza berkait dengan status dan kesahihan tanah
adat yang dimiliki. Justeru kajian ini menelit i maklumbalas pemilik tanah adat berhubung dengan cara penentuan
sempadan tanah dalam kalangan masyarakat Bidayuh di daerah Serian Sarawak. Selain itu kajian juga memberikan
perhatian terhadap pertikaian persempadanan tanah adat serta impilkasinya dalam kalangan pemilik tanah adat.
Maklumat yang berkait dengan tujuan kajian telah diperoleh melalui FGD serta temuselidik mendalam dengan
pemilik tanah adat di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati wujud beberapa cara penentuan sempadan dalam
kalangan pemilik tanah. Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa pertikaian tanah di kawasan kajian banyak
didorong oleh isu status dan kesahihan pemilikan tanah yang dimiliki oleh pemilik tanah adat. Bagi mengurangkan
konflik maka dicadangkan agar tanah-tanah yang ada dibuat sukatan oleh juruukur bertauliah. Apabila tanah telah
disukat, pemilik tanah akan memperoleh surat hakmilik tanah yang lebih jelas dari segi status dan kesasihan
pemilikan. |
---|