Kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi: kes Taman Wetland, Putrajaya
Ekoran dari kesedaran tentang impak positif kepada kualiti hidup manusia daripada pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi, beberapa kawasan telah dibangunkan sebagai tapak pemeliharaan dan pemuliharaan bagi meningkatkan biodiversiti dan integriti ekosistem flora dan fauna. Namun begitu, akt...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9148/ http://journalarticle.ukm.my/9148/ http://journalarticle.ukm.my/9148/1/2x.geografia-si-ogos15-er2-edam3.pdf |
Summary: | Ekoran dari kesedaran tentang impak positif kepada kualiti hidup manusia daripada pemeliharaan dan pemuliharaan
alam semula jadi, beberapa kawasan telah dibangunkan sebagai tapak pemeliharaan dan pemuliharaan bagi
meningkatkan biodiversiti dan integriti ekosistem flora dan fauna. Namun begitu, aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan lazimnya kurang mendapat perhatian, kerjasama dan komitmen awam dan swasta kerana ianya tidak
memberikan imbuhan dan keuntungan material secara langsung dan berlipat ganda. Kajian ini mentaksir kesedaran
awam terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi Taman Wetland Putrajaya, sebuah tasik
buatan manusia pertama dan terbesar di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif melalui
30 borang soal selidik dan dua temubual mendalam informan utama. Secara keseluruhannya, hasil kajian
mendapati bahawa masih ramai yang tidak mengetahui fungsi sebenar Taman Wetland kepada pembangunan
Putrajaya. Justeru, terdapat beberapa advokasi penambahbaikan infrastruktur, pengurusan dan penglibatan komuniti
setempat supaya tanggungjawab ini tidak terserah selamanya kepada institusi kerajaan semata-mata. |
---|