Persepsi pesakit mental terhadap stigma masyarakat
Gangguan mental berlaku apabila individu berhadapan dengan gangguan dalam hubungan interaksi sama ada dalam diri sendiri mahupun persekitaran kumpulan sosialnya dan gangguan tersebut menyebabkan perubahan daripada aspek kognitif, emosi mahupun sosial. Individu yang mengalami gangguan mental sering d...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9115/ http://journalarticle.ukm.my/9115/ http://journalarticle.ukm.my/9115/1/4759-28113-1-PB.pdf |
Summary: | Gangguan mental berlaku apabila individu berhadapan dengan gangguan dalam hubungan interaksi sama ada dalam diri sendiri mahupun persekitaran kumpulan sosialnya dan gangguan tersebut menyebabkan perubahan daripada aspek kognitif, emosi mahupun sosial. Individu yang mengalami gangguan mental sering dilabel dan dikenakan stigma oleh masyarakat disebabkan kelakuan dan penampilan mereka yang dianggap menyimpang dari norma masyarakat. Tinjauan awal ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi individu yang mengalami gangguan mental terhadap reaksi masyarakat. Seramai 31 orang individu yang mengalami masalah gangguan mental kategori neurosis dan sedang menjalani rawatan susulan di Klinik Psikiatri Hospital Pulau Pinang telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan teknik pensampelan mudah. Gangguan mental neurosis merujuk pada kelakuan atau pemikiran yang tidak normal sehingga mengakibatkan penderitaan pada pesakit. Gejala-gejala neurosis meliputi keadaan emosi yang teruk secara patologikal, seperti dalam keadaan keresahan atau murung, kelakuan dan fikiran yang menyedihkan seperti fobia, obsesif atau juga penyakit-penyakit fizikal seperti histeria atau hipokondria. Walau bagaimanapun, individu yang mengalami gangguan neurosis masih sedar akan persekitaran sosialnya. Maklumat dikumpul melalui temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik. Stigma masyarakat diteliti berdasarkan pandangan individu yang mengalami gangguan mental tentang reaksi masyarakat menerusi tindakan dan tingkah laku masyarakat terhadap mereka. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS 21 dan dibentangkan dalam bentuk taburan dan peratusan. Penemuan kajian menunjukkan sebilangan besar individu yang mengalami masalah gangguan mental menyatakan reaksi masyarakat terhadap mereka adalah positif. Penemuan ini menggambarkan bahawa tidak semua individu yang mengalami gangguan mental berhadapan dengan stigma negatif dari anggota masyarakat. |
---|