Penggunaan media, norma kewarganegaraan dan partisipasi politik dalam era transisi ke demokrasi di Indonesia
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara penggunaan media dan perubahan norma kewarganegaraan dengan partisipasi politik. Fokus kajian ini adalah untuk meninjau perubahan norma kewarganegaraan dalam konteks perkembangan teknologi komunikasi dan sejauhmana pula ia mempengaruhi partisipasi p...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysian
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9108/ http://journalarticle.ukm.my/9108/ http://journalarticle.ukm.my/9108/1/V31_1_10.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara penggunaan media dan perubahan norma kewarganegaraan dengan partisipasi politik. Fokus kajian ini adalah untuk meninjau perubahan norma kewarganegaraan dalam konteks perkembangan teknologi komunikasi dan sejauhmana pula ia mempengaruhi partisipasi politik dalam konteks Indonesia menuju ke arah transisi demokrasi. Kerangka teori utama yang digunakan adalah media dan partisipasi politik. Kajian ini menggunakan kaedah survei dengan menemubual 384 responden dalam kalangan generasi muda antara usia 17 hingga 40 tahun yang menetap di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan jantina, umur dan latarbelakang pendidikan responden tidak berpengaruh secara signifikan kepada penggunaan media dan perubahan norma kewarganegaraan. Hasil ujian hipotesis yang telah dilakukan menunjukkan bahawa latarbelakang pendidikan tidak menjadi factor pembeza kepada penggunaan media, namun menjadi faktor pembeza untuk perubahan norma kewarganegaraan. Seterusnya, ujian analisis hubungan menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan media mempunyai hubungan yang signifikan dengan perubahan norma kewarganegaraan manakala norma kewarganegaraan mempunyai hubungan yang signifikan pula dengan partisipasi politik generasi muda. Kemudian, ujian analisis
regresi mendapati bahawa penggunaan media dan perubahan norma
kewarganegaraan secara bersama-sama memberikan sumbangan
yang signifikan kepada partisipasi politik. Manakala sub dimensi
perubahan norma kewarganegaraan (pematuhan, tanggungjawab,
dan keterlibatan kewarganegaraan) memberikan sumbangan
yang signifikan kepada sub dimensi partisipasi politik (partisipasi
politik tradisional, partisipasi politik moden, dan partisipasi politik
sivik). Berdasarkan dapatan kajian dan hasil ujian hipotesis dapat
disimpulkan bahawa euforia politik dalam era transisi ke demokrasi
telah merubah pola penggunaan media, norma kewarganegaraan,
dan partisipasi politik dalam kalangan generasi muda Indonesia. |
---|