Penyentesis pertuturan bahasa Melayu yang fleksibel mengguna reka bentuk espeak

Kajian terdahulu membukti sistem Teks-kepada-pertuturan (TTS) bahasa Melayu berasaskan penyentesis forman yang lengkap dan boleh diguna pakai boleh dibangun dalam tempoh yang singkat meskipun tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang berkaitan. Bagaimanapun pertuturan yang dihasil masih dipengaruhi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Lutfi Salikin, Sabrina Tiun
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9095/
http://journalarticle.ukm.my/9095/
http://journalarticle.ukm.my/9095/1/8273-27359-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian terdahulu membukti sistem Teks-kepada-pertuturan (TTS) bahasa Melayu berasaskan penyentesis forman yang lengkap dan boleh diguna pakai boleh dibangun dalam tempoh yang singkat meskipun tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang berkaitan. Bagaimanapun pertuturan yang dihasil masih dipengaruhi oleh sebutan bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Ini memotivasi kajian ini yang bertujuan menambah baik penyentesis pertuturan bahasa Melayu yang dihasil dalam kajian terdahulu dengan memberi tumpuan kepada sebutan vokal /E/ dalam bahasa Melayu yang mempunyai dua varian dan konsonan hentian. Pengetahuan asas tentang TTS serta alat pembangun TTS yang diguna iaitu eSpeakedit dipelajari terlebih dahulu sebelum melakukan ujikaji dalam menghasil penyentesis pertuturan bahasa Melayu baharu. Pertuturan untuk senarai perkataan yang dihasil oleh penyentesis pertuturan baharu seterusnya dibanding dengan pertuturan yang dihasil oleh penyentesis pertuturan terdahulu dan kemudian dinilai oleh 12 responden penutur asli bahasa Melayu. Dari penilaian yang dilakukan, secara purata, 85% responden memilih pertuturan senarai perkataan yang dihasil oleh penyentesis bahasa Melayu yang baharu sebagai sebutan yang paling hampir kepada sebutan harian bahasa Melayu mereka manakala 15% responden lagi memilih pertuturan yang dihasil oleh penyentesis pertuturan kajian terdahulu. Keputusan penilaian menunjukkan penyentesis bahasa Melayu kajian terdahulu berjaya ditambah baik dalam kajian ini. Namun, perluasan dan penambahbaikan kajian seperti penggantian bunyi untuk konsonan hentian dengan bunyi yang dirakam mengguna perisian Praat selain responden sasaran yang seimbang untuk penilaian sebutan boleh meningkat lagi hasil kajian pada masa hadapan.