Pengaruh Islam dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah

Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah digubal menjelang pertengahan abad ke-20M, setelah sekian lama British menjajah Tanah Melayu. Undang-undang ini digubal agak lama selepas penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai teks Undang-undang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Hanif Md Lateh @ Junid, Hamizah Mohd Kadiron
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9056/
http://journalarticle.ukm.my/9056/
http://journalarticle.ukm.my/9056/1/9570-25880-1-SM.pdf
Description
Summary:Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah digubal menjelang pertengahan abad ke-20M, setelah sekian lama British menjajah Tanah Melayu. Undang-undang ini digubal agak lama selepas penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai teks Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah dan pengaruh Islam ke atas undang-undang tersebut. Kepentingan kajian adalah untuk meneliti sejauh manakah unsur Islam diterapkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah walaupun ia digubal semasa era penjajahan British di Tanah Melayu. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan, melalui pendekatan komparatif. Kajian mendapati bahawa kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah menerima pengaruh Islam yang kuat walaupun bentuk persembahan dan susunan adalah menurut gaya British atau Barat.