Kecekapan teknik institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia

Artikel ini bertujuan untuk mengukur kecekapan teknik bagi sektor perkhidmatan pendidikan tinggi swasta (sektor PPTS) di Malaysia bagi tahun 2010. Sektor itu dijangkakan mampu untuk menyumbang sehingga RM 1.3 bilion setahun kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dari tahun 2010 hingga 2020 melalui d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saharawati Shahar, Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor, Ishak Yussof
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9034/
http://journalarticle.ukm.my/9034/
http://journalarticle.ukm.my/9034/1/jeko_49%281%29-10.pdf
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk mengukur kecekapan teknik bagi sektor perkhidmatan pendidikan tinggi swasta (sektor PPTS) di Malaysia bagi tahun 2010. Sektor itu dijangkakan mampu untuk menyumbang sehingga RM 1.3 bilion setahun kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dari tahun 2010 hingga 2020 melalui dasar liberalisasi pendidikan swasta. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia merupakan sub sektor terpenting dalam sektor PPTS yang juga merupakan salah satu sektor dalam Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA). Namun, tidak terdapat sebarang petunjuk ekonomi mahupun prestasi terkini sektor PPTS sehingga kini. Maka, artikel ini akan mengenal pasti tahap kecekapan teknik IPTS menggunakan data keratan rentas 126 buah IPTS berdasarkan bancian tahun 2011 yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Tahap kecekapan teknik diukur menggunakan Data Envelopment Analysis (DEA) bukan parametrik yang berorientasikan output dengan nilai ditambah sebagai output manakala bilangan pekerja dengan pendidikan tertiari, menengah dan rendah, bilangan pekerja pengurusan, profesional dan eksekutif, bilangan pekerja teknikal dan penyeliaan, bilangan pekerja perkeranian dan berkaitan, bilangan pekerja pekerjaan am, bilangan pelajar dan jumlah aset sebagai input. Selain itu, tahap kecekapan teknik dianalisis dengan lebih lanjut menggunakan jadual silang dan ujian chi-square dengan saiz operasi dan intensiti modal IPTS. Kajian mendapati lebih banyak IPTS bersaiz sederhana dan besar serta IPTS yang lebih berintensifkan modal beroperasi pada tahap kecekapan teknik yang lebih tinggi berbanding IPTS bersaiz kecil dan IPTS yang kurang berintensifkan modal. Kesimpulannya, IPTS di Malaysia adalah beroperasi secara kurang cekap bagi tahun 2010. Implikasi dasar adalah IPTS perlu meningkatkan keupayaan pengeluaran, mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya meningkatkan penjanaan pendapatan sektor PPTS.