Konsep jihad Yusuf al-Qaradawi dalam karya Fiqh al-Jihad

Ketokohan Yusuf al-Qaradawi dari sudut ilmu yang luas dan mengakar kuat dalam pelbagai bidang menjadikan beliau sebagai seorang tokoh rujukan kontemporari yang cukup berpengaruh. Sikap moderat tanpa fanatik terhadap mana-mana mazhab menjadikan idea beliau sangat progresif, inovatif, tidak terjebak p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, Ahmad Dahlan Salleh
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9004/
http://journalarticle.ukm.my/9004/
http://journalarticle.ukm.my/9004/1/141-535-1-PB.pdf
Description
Summary:Ketokohan Yusuf al-Qaradawi dari sudut ilmu yang luas dan mengakar kuat dalam pelbagai bidang menjadikan beliau sebagai seorang tokoh rujukan kontemporari yang cukup berpengaruh. Sikap moderat tanpa fanatik terhadap mana-mana mazhab menjadikan idea beliau sangat progresif, inovatif, tidak terjebak pada kejumudan dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah secara komprehensif. Melalui kitab Fiqh al-Jihad, al-Qaradawi menjadikan teknik penulisan bermetodologi sebagai asas di dalam merungkai dan mengimbangi tuntutan jihad di antara kumpulan ofensif dan defensif, ekstremis dan liberal. Namun usaha beliau untuk menonjolkan Islam sebagai agama yang toleran, realistik dan berkasih sayang tanpa menggadaikan prinsip-prinsip agama terus menjadi kontroversi dan polemik dalam kalangan para pemikir Islam. Jesteru, kajian ini mengupas metode penulisan Fiqh al-Jihad serta impaknya terhadap pemahaman konsep jihad itu sendiri. Metodologi kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian analisis kandungan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Teknik pengumpulan data iaitu analisis dokumen digunapakai dan data-data tersebut kemudiannya dianalisis melalui kaedah perbandingan dan induktif. Hasil kajian membuktikan bahawa ketepatan metode penulisan Fiqh al-Jihad yang diselaras dengan kemantapan ilmu, al-Qaradawi mampu menghasilkan sebuah ensiklopedia jihad yang lengkap, adil, berimbang dan menyeluruh. Kefahaman yang dijana melalui buku ini sangat signifikan kepada segenap lapisan masyarakat sekaligus mampu dijelmakan sebagai solusi di dalam mengangkat martabat Islam melalui pemahaman jihad yang tepat.