Keresahan pelajar ketika mempelajari bahasa Arab
Keresahan adalah merupakan fenomena emosi yang berlaku pada hampir setiap orang. Keresahan berlaku pada situasi dan keadaan tertentu. Mempelajari bahasa asing merupakan salah satu keadaan yang dapat menyebabkan keresahan. Mereka yang mengalami keresahan dalam pembelajaran bahasa akan menangguh-nangg...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8999/ http://journalarticle.ukm.my/8999/ http://journalarticle.ukm.my/8999/1/122-530-1-PB.pdf |
Summary: | Keresahan adalah merupakan fenomena emosi yang berlaku pada hampir setiap orang. Keresahan berlaku pada situasi dan keadaan tertentu. Mempelajari bahasa asing merupakan salah satu keadaan yang dapat menyebabkan keresahan. Mereka yang mengalami keresahan dalam pembelajaran bahasa akan menangguh-nangguhkan kerja rumah yang diberikan, menghindari aktiviti bertutur di dalam kelas, atau duduk diam di belakang. Justeru itu, artikel ini ditulis untuk membincangkan mengenai takrif keresahan secara umum dan takrif keresahan bahasa (language anxiety) secara khususnya. Artikel ini juga membincangkan tentang faktor yang menyumbang kepada keresahan dan juga kaedah yang digunakan bagi mengurangkan tahap keresahan yang dialami semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berlangsung. Hasil kajian mendapati bahawa antara faktor utama bagi keresahan bahasa ini adalah berkaitan dengan tahap keyakinan diri pelajar yang rendah. Di samping itu, faktor kaedah pengajaran, peperiksaan, dan aktiviti-aktiviti dalam kelas yang kurang efektif juga turut menyumbang kepada keresahan pelajar. Seterusnya, antara kaedah yang dapat digunakan bagi mengurangkan keresahan adalah pelajar sentiasa menanamkan sikap positif dan guru pula sentiasa peka terhadap keresahan yang dialami pelajar dan bersikap lebih mesra serta mempelbagaikan kaedah pengajaran. |
---|