Strategi diplomatik bervariasi suatu kearifan lokal dalam pemerintahan Kesultanan Melayu
Strategi diplomatik bervariasi merupakan hasil ciptaan intelektual pemerintah kerajaan pada zaman kesultanan Melayu. Strategi ini dibentuk bukan hanya tertumpu kepada hubungan baru semata, namun ia juga berfokuskan kepada pengukuhan hubungan diplomatik sedia ada. Menerusi naskhah Melayu lama, keba...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8941/ http://journalarticle.ukm.my/8941/ http://journalarticle.ukm.my/8941/1/Strategi_diplomatik_bervariasi_....pdf |
Summary: | Strategi diplomatik bervariasi merupakan hasil ciptaan intelektual pemerintah kerajaan pada zaman kesultanan
Melayu. Strategi ini dibentuk bukan hanya tertumpu kepada hubungan baru semata, namun ia juga berfokuskan
kepada pengukuhan hubungan diplomatik sedia ada. Menerusi naskhah Melayu lama, kebanyakan strategi diplomatik
bervariasi ini mendapat reaksi positif daripada kerajaan lain, yang mana kerajaan tersebut bersetuju dan bersedia untuk
menjalinkan, meneruskan atau memperbaiki semula hubungan yang terputus. Hal ini menunjukkan bahawa strategi
yang dihasilkan oleh orang Melayu adalah mantap, bermatlamat dan berkualiti. Ternyata, kearifan lokal masyarakat
Melayu ini sangat berharga dan perlu dititikberatkan. Antara strategi diplomatik bervariasi yang dimaksudkan ialah
a) strategi hubungan diplomatik secara serentak, b) strategi dua dalam satu, c) strategi muslihat keamanan, d) strategi
kerjasama membanteras musuh, dan e) strategi mempertautkan semula hubungan diplomatik. Rangkuman strategi ini
akan dibincangkan dengan merujuk naskhah Melayu lama sebagai bahan perbincangan utama. |
---|