Penggunaan tenaga haiwan sebagai medium pengangkutan dalam masyarakat Melayu tradisional
Tanah Melayu diliputi oleh satu ruang geografi yang istimewa lantaran mempunyai satu ketamadunan yang tinggi. Sejarah membuktikan ketamadunan yang tinggi yang dilakarkan oleh masyarakat Melayu ini amat berkait rapat dengan fenomena alam yang menjadi salah satu medium pencetus kepada kepelbagaian k...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8939/ http://journalarticle.ukm.my/8939/ http://journalarticle.ukm.my/8939/1/Pengunaan_tenaga_haiwan_....pdf |
Summary: | Tanah Melayu diliputi oleh satu ruang geografi yang istimewa lantaran mempunyai satu ketamadunan yang tinggi.
Sejarah membuktikan ketamadunan yang tinggi yang dilakarkan oleh masyarakat Melayu ini amat berkait rapat
dengan fenomena alam yang menjadi salah satu medium pencetus kepada kepelbagaian kepentingan dan budaya
di Tanah Melayu. Selain dari unsur semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan (seperti kayu kayan, akar dan rempah
ratus), haiwan turut menjadi penyumbang utama kepada kepentingan di Tanah Melayu. Antara haiwan yang kerap
diperihalkan berperanan penting kepada masyarakat di Tanah Melayu adalah gajah, kerbau dan kuda. Kajian sejarah
juga telah membuktikan ketiga-tiga haiwan yang disebut ini menjadi penyumbang besar terhadap medium pengangkutan
masyarakat Melayu silam. Makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan bagaimana ketiga-tiga haiwan yang dinyatakan
ini memainkan peranan bagi melestarikan keperluan masyarakat silam dalam medium pengangkutan. Gajah merupakan
antara haiwan yang penting semasa ketiadaan kemudahan infrastruktur seperti jalan keretapi dan jalan raya. Kerbau
pula sangat dominan sebagai haiwan yang mudah di gembala sebagai haiwan yang berperanan besar dalam bidang
pertanian. Manakala kuda pula sangat besar peranannya terhadap golongan bangsawan samada dengan tujuan
untuk pemilikan peribadi, peperangan mahupun kesukanan. Artikel ini menelusur menerusi kaedah kualitatif dengan
mengambil kira sumber-sumber dari medium kepustakaan seperti manuskrip atau naskhah-naskhah Melayu, catatan
barat dan yang seumpama dengannya. Oleh itu, menerusi perbincangan dalam makalah akan cuba dibuktikan dinamik
dan perubahan terhadap penggunaan haiwan terhadap medium pengangkutan yang dinyatakan dalam masyarakat
Melayu. Makalah ini juga diharapkan dapat memberi lebih fahaman serta menjadi batu loncatan terhadap pengkaji
seterusnya bagi melihat penggunaan tenaga haiwan dari sudut pandang yang berbeza dengan lebih terperinci. |
---|