Potensi makroinvertebrat bentik sebagai penunjuk biologi di Sungai Ikan, Hulu Terengganu, Terengganu

Suatu kajian telah dijalankan untuk menentukan potensi makroinvertebrat bentik sebagai penunjuk biologi di hulu Sungai Ikan, Terengganu. Sebanyak lima stesen pensampelan telah dipilih untuk pensampelan makroinvertebrat bentik dan analisis kualiti air. Pensampelan makroinvertebrat bentik telah dilaku...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, A.K., Siti Hafizah, A., Shuhaimi-Othman, M.
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8931/
http://journalarticle.ukm.my/8931/
http://journalarticle.ukm.my/8931/1/04_A.K._Ahmad.pdf
Description
Summary:Suatu kajian telah dijalankan untuk menentukan potensi makroinvertebrat bentik sebagai penunjuk biologi di hulu Sungai Ikan, Terengganu. Sebanyak lima stesen pensampelan telah dipilih untuk pensampelan makroinvertebrat bentik dan analisis kualiti air. Pensampelan makroinvertebrat bentik telah dilakukan menggunakan jaring Surber dan analisis kualiti air dilakukan menurut kaedah APHA. Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS) telah digunakan untuk menilai parameter kualiti air di kawasan kajian dan hasil menunjukkan Sungai Ikan berada dalam keadaan baik iaitu kelas I hingga II. Ujian ANOVA satu hala menunjukkan bahawa kesemua parameter air yang diuji adalah seragam di sepanjang kawasan kajian (p>0.05, α=0.05). Sebanyak 2 filum, 3 kelas, 8 order, 39 famili dan 1353 individu telah dikenal pasti dan didominasi oleh famili Baetidae, Siphlonuridae, Simuliidae, Chironomidae dan Elmidae. Famili dominan didapati hadir pada hampir kesemua stesen pensampelan. Memandangkan kualiti air adalah baik dan tidak berubah sepanjang kawasan kajian, ujian CCA dilakukan untuk memperlihatkan faktor persekitaran lain yang mempengaruhi sebaran makroinvertebrat terutamanya famili dominan. Hasil ujian CCA menunjukkan pengaruh persekitaran yang khusus terhadap famili tertentu dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sebaran makroinvertebrat bentik. Ujian korelasi menunjukkan batuan besar mempunyai pengaruh besar terhadap sebaran famili Baetidae, Siphlonuridae dan sub-famili Orthocladiinae, manakala komposisi pasir pula mempunyai pengaruh terhadap famili Elmidae. Hasil kajian ini menunjukkan dalam ekosistem yang bersih, faktor persekitaran habitat adalah kritikal untuk diambil kira dalam menentukan taksa tertentu yang sesuai digunakan sebagai penunjuk biologi ekosistem sungai rekreasi.