Isu, cabaran dan prospek aplikasi dan perlaksanaan Sistem Maklumat Geografi di Malaysia: satu pengamatan
Sistem maklumat geografi atau lebih dikenali dengan akronim GIS (Geographic Information System) sedang mengalami pertumbuhan pesat dewasa ini. Ia juga menampakkan prospek dan implikasi yang menarik dan mencabar. Kertas ini meninjau perkembangan aplikasi dan perlaksanaan Sistem Maklumat Geografi di...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8911/ http://journalarticle.ukm.my/8911/ http://journalarticle.ukm.my/8911/1/11x.geografia-feb15-rosmadi-edam2.pdf |
Summary: | Sistem maklumat geografi atau lebih dikenali dengan akronim GIS (Geographic Information System) sedang
mengalami pertumbuhan pesat dewasa ini. Ia juga menampakkan prospek dan implikasi yang menarik dan
mencabar. Kertas ini meninjau perkembangan aplikasi dan perlaksanaan Sistem Maklumat Geografi di Malaysia
dengan penekanan khusus kepada isu dan cabaran yang dihadapi. Antara isu dan cabaran perlaksanaan yang
diserlahkan ialah kelemahan dalam mengenalpasti dan membezakan keperluan pihak pembuat dasar, pelaksana dan
pengurus sebagai pengguna GIS; kelemahan dalam mengenalpasti kesesuaian dan kemampuan aplikasi GIS yang
diperlukan; kelemahan dalam menaksir kos keseluruhan aplikasi GIS; kelemahan dalam menjalankan kajian rintis
perlaksanaan GIS; pergantungan kepada kakitangan EDP konvensional yang kurang kepakaran GIS; dan kelemahan
dalam menyenggara pemindahan teknologi GIS menerusi latihan teknikal yang berterusan. .Rumusannya, pelbagai
pihak dan agensi di peringkat persekutuan dan negeri haruslah berganding bahu dalam memperkasakan GIS supaya
perlaksanaannya dapat dilaksanakan secara komprehensif di Malaysia. |
---|