Mengurus ruang jenayah: suatu tinjauan dasar pengurangan jenayah di Malaysia
Pelakuan jenayah merupakan antara fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan bandar di dunia. Permasalahan ini menunjukkan peningkatan dan menimbulkan reaksi kebimbangan pelbagai peringkat lapisan masyarakat sama ada di pihak pemerintah mahupun masyarakat awam. Pelbagai pendekatan dan us...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8910/ http://journalarticle.ukm.my/8910/ http://journalarticle.ukm.my/8910/1/10x.geografia-feb2015-norina-edam1.pdf |
Summary: | Pelakuan jenayah merupakan antara fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan bandar di dunia.
Permasalahan ini menunjukkan peningkatan dan menimbulkan reaksi kebimbangan pelbagai peringkat lapisan
masyarakat sama ada di pihak pemerintah mahupun masyarakat awam. Pelbagai pendekatan dan usaha terus
dijalankan dalam menanganinya, namun kadar jenayah negara masih kurang berkesan ditangani pada
keseluruhannya. Artikel ini mengupas, meneliti dan mengetengahkan beberapa dasar yang telah dilakukan kerajaan
Malaysia dalam mengurangkan kadar pelakuan jenayah di negara ini. Penelitian dasar difokuskan kepada
penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia atau Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) pada 1993
dan terbentuknya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berprinsipkan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan’ dan manjadi landasan pembentukan National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan
Utama Negara. Hasil tinjauan menunjukkan dasar pengurangan jenayah telah berjaya dalam membendung
permasalahan jenayah negara secara keseluruhannya.Dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian pendekatan dalam
usaha pengurangan masalah pelakuan jenayah di Malaysia telah meningkatkan imej Malaysia sebagai antara negara
yang diiktiraf di peringkat global sebagai paling selamat dan aman. |
---|