Kualiti udara dalam bangunan di bangunan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kualiti udara dalaman adalah satu istilah yang merujuk kepada kualiti udara di dalam dan di sekitar bangunan dan struktur di mana ia amat berkaitan dengan kesihatan dan keselesaan orang yang berada di dalam bangunan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kualiti udara dalaman pada beberapa makmal...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8891/ http://journalarticle.ukm.my/8891/ http://journalarticle.ukm.my/8891/1/9ok.geografia-jan15-Sytty_etal-edam1.pdf |
Summary: | Kualiti udara dalaman adalah satu istilah yang merujuk kepada kualiti udara di dalam dan di sekitar bangunan dan
struktur di mana ia amat berkaitan dengan kesihatan dan keselesaan orang yang berada di dalam bangunan. Kajian
ini dijalankan untuk menentukan kualiti udara dalaman pada beberapa makmal di Bangunan Sains Biologi, Fakulti
dan Teknologi, UKM di samping dalam mengenal pasti spesis bakteria dan kulat yang hadir serta mengkaji
pandangan pengguna tentang kualiti udara dalaman. Pencerapan dilakukan dengan mengukur kepekatan karbon
dioksida, suhu dan kelembapan relatif di makmal pada sesi petang dan malam, bilangan bakteria dan kulat di dalam
udara dengan mendedahkan piring petri di dalam persekitaran makmal, pengenalpastian genus bakteria dan kulat
melalui ujian biokimia dan kit komersial. Di samping itu, satu soalselidik dibentuk untuk mengkaji pandangan
pengguna Bangunan Sains Biologi tentang kualiti udara dalaman tempat kerja mereka. Hasil kajian mendapati tahap
kepekatan karbon dioksida, suhu dan kelembapan relatif bagi kebanyakan stesen persampelan adalah mengikut
piawaian yang dicadangkan oleh pihak DOSH. Hanya purata suhu dan kelembapan relatif di empat iaitu Makmal
Pembelajaran Biokimia, Makmal Sains Sekitaran, Makmal Fikologi dan Biologi Akuatik dan Makmal Mikrobiologi
Persekitaran menunjukkan bacaan yang tinggi sedikit daripada piawaian dan garis panduan yang disarankan oleh
DOSH. Pengenalpastian spesis bakteria dan kulat yang dilakukan di kesemua stesen persampelan mendapati
kehadiran spesis bakteria Bacillus cereus, Bacillus laterosporus, Bacillus sphaericus, Micrococcus luteus,
Staphylococcus aureus, Staphylococcus epidermis, Enterobacter cloacae, Pseudomonas fluarescens, Pseudomonas
stuzeri dan Aeromonas hydrophila serta spesis kulat Aspergillus niger, Aspergillus nidulans, Penicillium digitatum
dan Fusarium dimerum. Selanjutnya, hasil soalselidik mendapati hampir keseluruhan responden (96.8%)
menyatakan tahap keselesaan serta kesihatan mereka semasa berada di dalam bangunan adalah baik manakala sistem
ventilasi bangunan berada pada tahap yang memuaskan. Tahap kesedaran kebanyakan responden mengenai
kepentingan kualiti udara dalaman pula adalah pada tahap sederhana. Antara cadangan bagi meningkatkan kualiti
udara dalaman yang diperolehi daripada kajian ini ialah memastikan sistem penghawa dingin beroperasi dengan baik
dan meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan kualiti udara dalaman di kalangan pekerja dan pelajar di
Bangunan Sains Biologi. |
---|