Aspek kawalan hakisan tanah dan sedimentasi sebagai syarat kelulusan EIA di Malaysia: kajian status kepatuhan di Negeri Kedah
Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) pada tahun 2011 telah melaksanakan pakej penambahbaikan EIA bagi meningkatkan keberkesanan kawalan hakisan tanah dan sedimentasi kepada projek – projek EIA. Penambahbaikan dibuat dengan memasukan 26 syarat- syarat kawalan hakisan tanah dan sedimentasi didalam pe...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8887/ http://journalarticle.ukm.my/8887/ http://journalarticle.ukm.my/8887/1/5ok.geografia-jan15-abdurrahman-edam.pdf |
Summary: | Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) pada tahun 2011 telah melaksanakan pakej penambahbaikan EIA bagi
meningkatkan keberkesanan kawalan hakisan tanah dan sedimentasi kepada projek – projek EIA. Penambahbaikan
dibuat dengan memasukan 26 syarat- syarat kawalan hakisan tanah dan sedimentasi didalam pemberian syarat –
syarat kelulusan EIA. Kajian ini membincangkan status pematuhan terhadap syarat – syarat kelulusan EIA bagi
projek – projek yang telah melalui pakej penambahbaikan EIA di Negeri Kedah. Dua kaedah utama digunakan iaitu
pengutipan data menggunakan kaedah perlombongan data dari sistem pengkalan data JAS dan temubual dengan
pegawai – pegawai penguatkuasa JAS. Perlombongan data dilaksanakan terhadap sub modul penguatkuasaan sistem
pengkalan data e-Kawalan Alam Sekitar (e-KAS) JAS. Data penguatkuasaan yang dikutip telah dianalisis bagi
melihat tren pematuhan syarat – syarat kelulusan EIA bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Kajian ini mendapati
kegagalan pematuhan syarat – syarat kawalan hakisan tanah dan sedimentasi adalah tinggi pada peringkat kerja
tanah bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Sebanyak 27 Notis arahan telah dikeluarkan terhadap projek – projek yang
tidak mematuhi syarat – syarat kelulusan EIA. Perlantikan Environmental Officer (pegawai pengurus alam sekitar)
bagi menyelia pelaksanaan pelan kawalan hakisan tanah dan sedimentasi merupakan syarat yang paling banyak
tidak dipatuhi oleh pemaju projek. Hasil temubual dengan empat pegawai penguatkuasa JAS mendapati tiga faktor
utama yang menyebabkan kegagalan pematuhan syarat – syarat kelulusan EIA iaitu lemahnya komitmen pemaju
projek, ketiadaan peruntukan bagi kos pelaksanaan pelan pengurusan alam sekitar, dan kurangnya pengetahuan
pemaju projek bagi melaksanakan pematuhan terhadap syarat – syarat kelulusan. |
---|