Sistem Informasi Geografi (GIS): Pengenalan kepada perspektif komputer
Sistem Informasi Geografi (atau dalam bahasa Inggeris, GIS) boleh ditakrifkan sebagai satu sistem untuk menangkap, menyimpan, memeriksa, mengintegrasikan, memanipulasi, menganalisis dan memaparkan data yang berkaitan dengan reruang yang berpandukan kepada bumi. Walau bagaimanapun, beberapa pakar t...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8885/ http://journalarticle.ukm.my/8885/ http://journalarticle.ukm.my/8885/1/3ok.geografia-jan15-angkeanhua-edam.pdf |
Summary: | Sistem Informasi Geografi (atau dalam bahasa Inggeris, GIS) boleh ditakrifkan sebagai satu sistem untuk
menangkap, menyimpan, memeriksa, mengintegrasikan, memanipulasi, menganalisis dan memaparkan data yang
berkaitan dengan reruang yang berpandukan kepada bumi. Walau bagaimanapun, beberapa pakar terus mengkritik
definisi dengan mencadangkan pandangan mereka tentang GIS. Menurut sejarah, GIS bermula pada tahun 1989
dalam perspektif peta, dan perkembangan tersebut berterusan sehingga hari ini dalam perspektif komputer. Terdapat
beberapa komponen yang terlibat untuk mengendalikan sistem GIS komputer, seperti perkakasan, perisian, data,
kaedah dan pengguna. Perisian dan perkakasan adalah pautan bersama-sama untuk membentuk komponen yang
lengkap, sementara orang yang mengguna pula akan bertindak balas sebagai pengguna untuk mengumpulkan data
dari permukaan bumi dan memindahkannya ke dalam bentuk digital sebelum analisis dijalankan untuk
menghasilkan sebarang informasi. Kaedah GIS boleh dibahagikan kepada input data reruang, atribut pengurusan
data, penerokaan data, analisis data, serta paparan data dan output data. Dengan kata lain, data spatial dari
permukaan bumi akan dimasukkan ke komputer sebagai ‘softcopy’ atau data digital dan apabila ada perubahan,
misalnya penggunaan tanah, di kawasan tertentu GIS mampu untuk meneroka dan mengelola data sehingga ia
dikemaskini. Kemudian, data tersebut boleh digunakan untuk menganalisis dan menghasilkan maklumat baru.
Bahkan GIS dapat memberi manfaat kepada masyarakat (misalnya perancangan bandar dan kartografi, perspektif
perniagaan, penilaian kesan alam sekitar, pengurusan sumber asli, dan lain-lain). Bagaimanapun, alat ini juga
mempunyai kelemahan dan kekurangan (contohnya kos yang agak mahal, memerlukan jumlah data yang besar dan
lain-lain), di mana ia tidak dapat dielakkan untuk berlaku dalam kehidupan kita seharian. |
---|