Peranan strategik hubungan dagang negara Islam dengan China: bukti empirikal dari Malaysia
Hubungan dagang antara negara adalah amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan ini seharusnya benar biarpun negara-negara terlibat berbeza ideologi. Artikel ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan antara Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan China serta kesannya terhadap pe...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8884/ http://journalarticle.ukm.my/8884/ http://journalarticle.ukm.my/8884/1/2ok.geografia-jan15-mohdyahya-edkatam.pdf |
Summary: | Hubungan dagang antara negara adalah amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan ini seharusnya benar biarpun
negara-negara terlibat berbeza ideologi. Artikel ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan
antara Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Kajian ini menggunakan data suku tahunan dari suku pertama 1999 hingga suku keempat 2013 yang diambil dari
sumber-sumber yang berautoriti. Menggunakan kaedah penganggaran Vektor Autoregrasi (VAR) yang terpiawai,
kajian ini mengaplikasikan ujian integrasi, ujian ko-integrasi, dan ujian penyebab Granger dalam bentuk Model
Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan keseimbangan jangka panjang
antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import
benar Malaysia dari China (IMm), dan juga jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Dari
aspek hubungan penyebab Granger jangka pendek pula didapati pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pertumbuhan
jumlah import Malaysia dari China adalah dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi negara China. Di samping
itu, pertumbuhan jumlah eksport Malaysia ke China hanya dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi Malaysia
dan ianya menyokong hipotesis eksport berpuncakan pertumbuhan (GLE). |
---|