Menerajui Program Doktor Pendidikan: dilema, cabaran dan potensi perkembangan

Doktor pendidikan (EdD) merupakan satu program bertaraf kedoktoran yang semakin popular pada masa kini. Selain daripada program PhD, program doktor profesional sebegini merupakan program ijazah akademik yang tertinggi yang ditawarkan oleh universiti. Namun, banyak pihak yang masih mempunyai pemaha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Low, Hui Min, Aziah Ismail, Abdul Rashid Mohamed
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8847/
http://journalarticle.ukm.my/8847/
http://journalarticle.ukm.my/8847/1/8Menerajui.pdf
Description
Summary:Doktor pendidikan (EdD) merupakan satu program bertaraf kedoktoran yang semakin popular pada masa kini. Selain daripada program PhD, program doktor profesional sebegini merupakan program ijazah akademik yang tertinggi yang ditawarkan oleh universiti. Namun, banyak pihak yang masih mempunyai pemahaman yang kabur tentang perbezaan antara program EdD dan PhD. Kekeliruan ini telah menghasilkan salah faham dan anggapan yang kurang munasabah terhadap program ini. Pandangan yang kurang tepat terhadap program ini adalah memudaratkan kerana ia meninggalkan kesan negatif terhadap pemilihan calon, penyeliaan calon dan pandangan umum terhadap hala tuju, kualiti dan kredential graduan EdD. Kertas tinjauan literatur ini akan meneliti isu ini, terutamanya yang berkaitan dengan dilema dan cabaran yang dihadapi oleh pihak pentadbiran fakulti dalam pengendalian kursus doktor pendidikan. Dapatan tinjauan literatur ini akan digunakan untuk merancang arah perkembangan program EdD yang memanfaatkan kedua-dua pihak calon EdD dan pihak pentadbiran fakulti. Yang penting sekali, hasil tinjauan ini diharapkan bakal menyumbang kepada perkembangan program EdD untuk memenuhi keperluan tenaga pendidik yang bermutu tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.