Morphology of Nutrient Foramina in Human Metatarsals and Their Clinical Importance

Mercu tanda anatomi foramen nutrien penting dalam prosedur pembinaan semula kaki yang melibatkan penggunaan tulang metatarsal. Objektif kajian ialah untuk mengkaji morfologi foramina nutrien di tulang metatarsal dan mendapatkan indeks foramina. Kajian ini melibatkan 271 metatarsal manusia yang bukan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: ANAMIKA K., ABHISHEK PS., ANUJ J., MURLIMANJU BV., DIVYA P., LATHA VP., VASUDHA VS., CHITRA PR., ASHWIN RR., TERESA J., PRASHANTH KU.
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8695/
http://journalarticle.ukm.my/8695/
http://journalarticle.ukm.my/8695/1/6.%2520Anamika%2520et%2520al..pdf
Description
Summary:Mercu tanda anatomi foramen nutrien penting dalam prosedur pembinaan semula kaki yang melibatkan penggunaan tulang metatarsal. Objektif kajian ialah untuk mengkaji morfologi foramina nutrien di tulang metatarsal dan mendapatkan indeks foramina. Kajian ini melibatkan 271 metatarsal manusia yang bukan berpasangan. Umur dan jantina metatarsal tidak diketahui. Foramina nutrien setiap tulang diperiksa untuk menentukan topografi dan nombor. Pengindeksan foramina dilakukan menggunakan formula Hughes. Morphometri kajian ini telah dijalankan dengan penggunaan ‘Vernier caliper’ digital. Hasil pemerhatian mendapati 79.3% daripada metatarsal mempunyai foramen nutrien tunggal, 9.2% mempunyai dua foramen, 1.1% mempunyai tiga foramen dan 10.4% metatarsal tidak ada foramen. Min indeks foramina daripada metatarsal pertama, metatarsal kedua, metatarsal ketiga, metatarsal keempat dan metatarsal kelima ialah 65.3, 43.6, 44.4, 45.3 dan 47.5 masing-masing mengikut turutan. Dapat diperhatikan bahawa kebanyakan metatarsal mempunyai foramen nutrien tunggal. Lokasi foramen nutrien berubah dari metatarsal 1 hingga 5. Foramina metatarsal 1 dan metatarsal 5 diperhatikan di sebelah sisi mereka dan pada metatarsal yang lain; ia lazim diperhatikan di permukaan medial. Pengagihan morfologi tentang foramina nutrien adalah amat diperlukan dalam sesetengah pembedahan seperti penggunaan tulang metatarsal dalam pembinaan semula kaki. Data morfologi juga amat penting dalam pembedahan plastik seperti kes operasi mikrovaskular tisu tulang.