Pemetaan kepekatan metana di Semenanjung Malaysia
Pemanasan global merupakan masalah persekitaran yang amat serius di negara maju dan juga di negara yang sedang membangun. Antara punca utamanya ialah peningkatan gas rumah hijau. Gas metana merupakan satu daripada gas rumah hijau yang berupaya memerangkap haba 21 kali ganda lebih berkesan berband...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8611/ http://journalarticle.ukm.my/8611/ http://journalarticle.ukm.my/8611/1/jqma-10-2-paper9.pdf |
Summary: | Pemanasan global merupakan masalah persekitaran yang amat serius di negara maju dan juga
di negara yang sedang membangun. Antara punca utamanya ialah peningkatan gas rumah hijau.
Gas metana merupakan satu daripada gas rumah hijau yang berupaya memerangkap haba 21
kali ganda lebih berkesan berbanding dengan karbon dioksida. Objektif kajian ini adalah untuk
membuat peta kepekatan gas metana di Semenanjung Malaysia, membandingkan perubahan
kepekatan gas metana mengikut bulan dan menentukan lokasi yang mempunyai kepekatan
metana yang tertinggi berdasarkan data tahun 2009. Hasil kajian ini menunjukkan lokasi
kepekatan metana yang tertinggi adalah di utara negeri Perak; sekitar Klang di Selangor dan
Pengerang di Johor. Kajian ini juga mendapati lokasi yang mempunyai kepekatan metana yang
tinggi tidak banyak berubah mengikut masa. |
---|