Menilai kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Malaysia: satu pendekatan analisis penyampulan data

Kajian tentang prestasi industri perkhidmatan air telah dijalankan secara meluas dan kebanyakan kajian telah menggunakan model Analisis Penyampulan Data (APD) yang hanya mengukur skor kecekapan. Namun begitu, kajian untuk mengukur keberkesanan dalam industri perkhidmatan air amat jarang dilakukan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norbaizura Kamarudin, Wan Rosmanira Ismail, Nur Hidayah Abd Kader
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8603/
http://journalarticle.ukm.my/8603/
http://journalarticle.ukm.my/8603/1/jqma-10-2-paper1.pdf
Description
Summary:Kajian tentang prestasi industri perkhidmatan air telah dijalankan secara meluas dan kebanyakan kajian telah menggunakan model Analisis Penyampulan Data (APD) yang hanya mengukur skor kecekapan. Namun begitu, kajian untuk mengukur keberkesanan dalam industri perkhidmatan air amat jarang dilakukan. Kajian tentang kecekapan dan keberkesanan adalah penting untuk mengukur prestasi keseluruhan bagi sesebuah organisasi. Oleh sebab proses pengeluaran perkhidmatan air boleh dinyatakan sebagai proses dua peringkat, maka, dalam kajian ini, model APD dua peringkat untuk mengukur prestasi perkhidmatan air digunakan. Model ini membolehkan integrasi kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan air serta memberikan penilaian prestasi keseluruhan perkhidmatan air Malaysia. Hasil yang diperoleh menunjukkan bahawa servis di kebanyakan daripada 14 buah negeri yang terlibat adalah cekap tetapi hanya empat buah negeri sahaja yang berkesan. Bagaimanapun, terdapat tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi keseluruhannya dengan kecekapan penuh (cekap dan berkesan) dalam menghasilkan dan membekalkan air bersih kepada pengguna.