Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam salak didik dengan elemen nyanyian dan elemen pantun

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pendekatan SALAK DIDIK diperkenalkan bagi melihat keberkesanannya dalam menguji kemahiran menulis karangan oleh murid tahun empat. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di dalam daerah Hulu Langat dan seramai 74 orang murid yang dijadikan s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: A.Rahman Haron, Jamaludin Badusah, Zamri Mahamod
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8596/
http://journalarticle.ukm.my/8596/
http://journalarticle.ukm.my/8596/1/53-60_Rahman_et_al.KPM.pdf
Description
Summary:Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pendekatan SALAK DIDIK diperkenalkan bagi melihat keberkesanannya dalam menguji kemahiran menulis karangan oleh murid tahun empat. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di dalam daerah Hulu Langat dan seramai 74 orang murid yang dijadikan sampel kajian. Seramai 34 orang murid kumpulan kawalan diajar dengan kaedah konvensional atau semasa sementara 40 orang murid kumpulan eksperimen diberikan pendedahan dengan pendekatan SALAK DIDIK. Dua elemen didik hibur yang diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid iaitu elemen nyanyian dan elemen pantun. Pengumpulan data ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0.Hasil kajian ini dianalisis menggunakan ujian-t sampel berpasangan untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min elemen nyanyian dan min elemen pantun dalam ujian pra dan ujian pos penulisan karangan. KBAT dengan pendekatan SALAK DIDIK menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min elemen nyanyian dan min elemen pantun antara murid kumpulan eksperimen dengan murid kumpulan kawalan dalam ujian pos.