Bahasa Tugu: bahasa Kreol yang punah
Sejak kemerdekaan penutur bahasa Kreol Tugu semakin berkurangan kerana berbagai faktor dan akhirnya pada awal abad 21, bahasa Kreol Tugu benar-benar punah kerana tidak ada lagi penuturnya. Walaupun bahasa Kreol Tugu telah punah tetapi kosa kata bahasa tersebut masih terus digunakan dalam kehidupa...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8577/ http://journalarticle.ukm.my/8577/ http://journalarticle.ukm.my/8577/1/8002-20848-1-SM.pdf |
Summary: | Sejak kemerdekaan penutur bahasa Kreol Tugu semakin berkurangan kerana berbagai faktor
dan akhirnya pada awal abad 21, bahasa Kreol Tugu benar-benar punah kerana tidak ada lagi
penuturnya. Walaupun bahasa Kreol Tugu telah punah tetapi kosa kata bahasa tersebut masih
terus digunakan dalam kehidupan sosial budaya masyarakat Potugis di Kampung Tugu,
Jakarta Utara. Makalah ini bertujuan membincangkan proses perkembangan bahasa kreol
Portugis yang menjadi bahasa Kreol Tugu dan fungsi bahasa tersebut yang kini telah punah.
Perbincangan dilakukan berasaskan kepada senarai kosa kata bahasa Kreol Tugu yang pernah
dikumpulkan pada tahun 2004 dan 2014. Kosa kata ini akan dibincangkan menggunakan
pendekatan Gobard (1976) yang menyatakan bahasa mempunyai empat kemungkinan fungsi,
iaitu fungsi vernacular, vehicular, referensi kultural fungsi mitis. Hasil kajian ini mendapati
bahawa pengguna bahasa ini semakin berkurangan secara perlahan dan akhirnya bahasa
Kreol Tugu mengalami kepunahan kerana tidak ada lagi penutur yang menuturkan bahasa
tersebut. Walaupun bahasa Kreol Tugu tidak lagi dituturkan, tetapi terdapat juga usaha
mempertahankan budaya masyarakat Tugu dengan terus menggunakan kosa kata bahasa
Kreol Tugu dalam upacara menerima tamu pada perayaan Natal, pesta mandi-mandi dan juga
diabadikan dalam lagu-lagu keroncong. Justeru kata punah sebenarnya masih kurang tepat
kerana dalam kehidupan sosial budaya masyarakatnya masih juga terdapat kosa kata untuk
mengungkapkan istilah-istilah dalam pelbagai peristiwa budaya. |
---|