Peluasan semantik kata sifat ringan: satu analisis Model Jaringan Langacker (1988)

Makalah ini cuba menghuraikan peluasan semantik kata sifat ‘ringan’ dengan menggunakan Model Jaringan Langacker. Model Jaringan kata sifat ringan yang digambarkan ini memperlihatkan telah berlakunya ketiga-tiga hubungan pengkategorian yang memperlihatkan peluasan makna berdasarkan data yang diper...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norfazila Ab. Hamid
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8575/
http://journalarticle.ukm.my/8575/
http://journalarticle.ukm.my/8575/1/8000-20844-1-SM.pdf
Description
Summary:Makalah ini cuba menghuraikan peluasan semantik kata sifat ‘ringan’ dengan menggunakan Model Jaringan Langacker. Model Jaringan kata sifat ringan yang digambarkan ini memperlihatkan telah berlakunya ketiga-tiga hubungan pengkategorian yang memperlihatkan peluasan makna berdasarkan data yang diperoleh daripada data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kata sifat ringan diketengahkan kerana kata ringan ini adalah satu kata yang tergolong sebagai kata yang berpolisemi. Analisis kata sifat ringan ini memperlihatkan bahawa peluasan makna berlaku secara sistematik berdasarkan ayat dan konteks penggunaan. Walaupun pada dasarnya kata sifat ringan ini sinonim dengan makna terasnya iaitu merujuk kepada ukuran, namun hasil analisis melalui contoh-contoh ayat yang telah dipaparkan melalui data korpus ini membuktikan bahawa peluasan makna kata ringan ini turut berkait dengan 8 domain lain seperti abstrak (idiomatik), abstrak (perasaan), abstrak (bunyi), abstrak (kuasa), abstrak (masa), abstrak (makanan), abstrak (aktiviti) dan abstrak (bahan bacaan). Ternyata, dengan menggunakan Model Jaringan Langacker ini, sesuatu kata yang ingin memperlihatkan perluasan makna dapat direpresentasikan dengan mudah dan jitu. Oleh itu, dengan terhasilnya makalah ini diharap pembaca dapat memantapkan lagi kajian tentang peluasan semantik kata ringan ini, kerana penulis beranggapan masih ada lagi domain yang boleh menjelaskan peluasan semantik ringan ini. Sehubungan itu, kajian ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan serta memperkayakan lagi kajian dalam bidang ilmu semantik.