Syair ma‘rifat: mencanai mutiara memperkasa agama
Syair adalah salah satu genre puisi Melayu, rata-rata paduan antara pantun Melayu dengan ruba’ai Parsi. Pada peringkat awal penciptaannya, syair ini menjadi antara wadah politik-dakwah dalam menyampaikan ajaran-ajaran sufi. Salah satu syair tersebut ialah Syair Ma‘rifat yang dipercayai ditulis Sh...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8570/ http://journalarticle.ukm.my/8570/ http://journalarticle.ukm.my/8570/1/7995-20834-1-SM.pdf |
Summary: | Syair adalah salah satu genre puisi Melayu, rata-rata paduan antara pantun Melayu dengan
ruba’ai Parsi. Pada peringkat awal penciptaannya, syair ini menjadi antara wadah
politik-dakwah dalam menyampaikan ajaran-ajaran sufi. Salah satu syair tersebut ialah Syair
Ma‘rifat yang dipercayai ditulis Shaykh ‘Abd al-Ra`ūf al-Fansūrī. Syair ini menjadi alat
politik-dakwah menyampaikan asas-asas panduan kepada seseorang sālik yang ingin
menjalani kehidupan kesufian untuk sampai ke puncak iaitu ma‘rifatu’Llāh. Ia juga
bermanfaat kepada setiap Muslim yang ingin mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Shaykh ‘Abd al-Ra`ūf al-Fansūrī dalam sejarah Aceh merupakan antara tokoh
terpenting yang berkhidmat sebagai qādī malik al-‘qdil (mufti) kepada pemerintah utama
Aceh. Kedudukannya yang tinggi dalam sistem politik Aceh memberi kesan besar kepada
pemahaman Islam yang dibawanya. Makalah ini membincangkan kebolehan Shaykh ‘Abd
al-Ra`ūf al-Fansuri menggunakan Syair Ma’rifat sebagai alat politik-dakwah untuk
mengungkapkan ajaran Islam. Ternyata beliau berjaya menggunakan puisi untuk
mengungkap asas pengetahuan Islam. |
---|