Tapak perbezaan asal usul Gerakan Muhammadiyah Dan Nahdlatul Ulama (nu) di Indonesia
Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama adalah dua organisasi sosial keagamaan yang dikenali oleh seantero masyarakat. Hal ini menyebabkan ia mendapat perhatian daripada para pengkaji untuk diselongkar rahsia-rahsia ilmiah, yang melibatkan para ilmuan tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga d...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8564/ http://journalarticle.ukm.my/8564/ http://journalarticle.ukm.my/8564/1/6615-16736-1-SM.pdf |
Summary: | Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama adalah dua organisasi sosial keagamaan yang dikenali
oleh seantero masyarakat. Hal ini menyebabkan ia mendapat perhatian daripada para
pengkaji untuk diselongkar rahsia-rahsia ilmiah, yang melibatkan para ilmuan tempatan
mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga disebabkan oleh struktur kepimpinan yang tersusun
rapi dan kukuh, bermula dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat pusat (keseluruhan).
Gerakan Muhammadiyah mula ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Kiyai Ahmad Dahlan
kerana keadaan masyarakat Islam Indonesia pada ketika itu yang mengalami kemunduran dan
kebekuan dalam berfikir terutamanya tentang kepercayaan masyarakat yang masih kuat
berpegang kepada perkara-perkara tahayul, bidaah, dan khurafat. Manakala Nahdlatul Ulama
pula ditubuhkan pada tahun 1926 oleh persatuan Kiyai-Kiyai di Jawa Timur, melalui pelbagai
konflik, antaranya berlakunya perbezaan pendapat antara KH. Wahab Chasbullah dengan KH.
Mas Mansyur dalam persatuan Taswir al-Afkar atau Nahdlatul Wathan (1916), serta masalah
Kongres al-Islam Hindia Timur (1926) yang diadakan oleh Raja Ibn Saud di Mekah. Justeru
itu, ia menjadi sangat menarik untuk dikaji terutamanya berkaitan dengan asal usul wujudnya
gerakan Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama di Indonesia serta perbezaan sejarah antara
kedua-dua organisasi tersebut. Walaupun organisasi Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama
hanyalah organisasi bersifat gerakan sosial keagamaan, namun terdapat perbezaan dalam
proses penubuhan gerakannya, yang melibatkan sejarah asal usul gerakan dan penubuhan,
karya penulisan dan pekerjaan para pengasasnya, langkah-langkah monumental, faktor-faktor
yang menyokong serta institusi pendidikannya. Perbezaan-perbezaan tersebut turut
mempengaruhi dinamika gerakan pendidikan masing-masing. |
---|