Membaca perwatakan Stamford Raffles menggunakan pensejarahan baru: analisis dua teks

Sebagai tokoh sejarah yang terlibat secara langsung dalam sejarah Singapura, perwatakan Stamford Raffles mendapat perhatian penulis sejarah dan juga penulis kreatif. Makalah ini menganalisis perwatakan Stamford Raffles dalam dua buah teks iaitu Hikayat Abdullah, sebuah autobiografi oleh Abdullah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Aisyah Binte Mohamed Salim, Ungku Maimunah Mohd Tahir
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8563/
http://journalarticle.ukm.my/8563/
http://journalarticle.ukm.my/8563/1/6614-16734-1-SM.pdf
Description
Summary:Sebagai tokoh sejarah yang terlibat secara langsung dalam sejarah Singapura, perwatakan Stamford Raffles mendapat perhatian penulis sejarah dan juga penulis kreatif. Makalah ini menganalisis perwatakan Stamford Raffles dalam dua buah teks iaitu Hikayat Abdullah, sebuah autobiografi oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, dan Duka Tuan Bertakhta, sebuah novel oleh Isa Kamari, seorang penulis kreatif Singapura. Selain daripada genre yang berbeza, kedua-dua teks tersebut juga dihasilkan pada zaman yang berbeza. Analisis perwatakan Stamford Raffles telah memanfaatkan dua idea pokok Pensejarahan Baru, iaitu idea keterlibatan kuasa dalam pembentukan wacana yang menjadikan sesuatu tulisan itu tidak polos sifatnya, dan juga idea “rundingan” yang berlaku antara penulis dan bahan tulisannya dalam proses menghasilkan karya. Rundingan ini secara khusus menjurus kepada latar belakang penulis serta pegangannya sebagai faktor penting yang mencorakkan tulisan yang dihasilkan. Analisis menunjukkan bahawa pemerian perwatakan Stamford Raffles dalam Hikayat Abdullah lebih bersifat positif dengan penonjolan ciri kepintaran, disiplin, kegigihan dan keberanian tokoh tersebut. Hal ini disebabkan oleh hubungan baik antara Abdullah Munsyi dengan Stamford Raffles yang merupakan majikannya yang dikagumi. Duka Tuan Bertakhta sebaliknya memaparkan perwatakan Stamford Raffles yang negatif dengan penonjolan sifat angkuh, tidak prihatin kepada masyarakat tempatan dan berkepentingan sendiri. Hal ini disebabkan oleh hasrat Isa Kamari untuk menyanggah sejarah konvensional Singapura yang mengiktiraf Stamford Raffles sebagai tokoh yang “menemui” Singapura, di samping menafikan peranan orang Melayu dalam sejarah berkenaan.