Intertekstualiti dalam Wacana Muamalat
Perkembangan muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional telah membuahkan praktis sosial tersendiri memandangkan muamalat merupakan risalah Allah yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Perbahasan terhadap keperluan umat Islam kembali kepada sistem muamalat amat rancak dilakukan, namun peneli...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8551/ http://journalarticle.ukm.my/8551/ http://journalarticle.ukm.my/8551/1/Intertekstualiti_dalam_wacana_mualamat.pdf |
Summary: | Perkembangan muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional telah membuahkan praktis sosial tersendiri
memandangkan muamalat merupakan risalah Allah yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Perbahasan terhadap
keperluan umat Islam kembali kepada sistem muamalat amat rancak dilakukan, namun penelitian terhadap wacana
muamalat masih belum dilakukan secara kritis bagi mengenal pasti praktis sosial muamalat dan cara wacana muamalat
memperteguh praktis sosial tersebut. Justeru makalah ini adalah bertujuan untuk; 1) Mengenal pasti praktis sosial
wacana muamalat yang dimanfaatkan dalam kerangka sistem ekonomi konvensional; dan 2) Menjelaskan praktis
wacana muamalat (intertekstualiti) dalam kerangka sistem ekonomi konvensional. Kajian ini merupakan kajian
kualitatif yang menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kirtis (AWK) Fairclough. Sebanyak 3 buah Teks Penyataan
Pengerusi dan 4 buah Teks Ulasan Operasi Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang dikumpul dari
tahun 2009 hingga tahun 2012 dijadikan sebagai bahan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa praktis sosial
yang dimanfaatkan dalam wacana muamalat adalah Ihsan. Praktis sosial ini mempengaruhi praktis wacana muamalat
khususnya dari aspek intertekstualiti. Hal ini terbukti apabila penyisipan unsur ‘metawacana’ secara eksplisit lebih
ketara berbanding elemen intertekstualiti yang lain. Kajian ini juga mendapati bahawa AWK berjaya membongkar
pertalian dialektikal antara praktis sosial muamalat (Ihsan) dengan praktis wacana (intertekstualiti). |
---|