Kamus dan Peranannya dalam Meningkatkan Minat Kanak-Kanak Mempelajari Bahasa
Kajian ini berfokus kepada peranan dan pencarian ciri kamus yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa khususnya dari aspek leksikal. Leksikal diertikan sebagai perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, dalam erti kata yang lebih mudah leksikal merupakan kata-kata isi (...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8550/ http://journalarticle.ukm.my/8550/ http://journalarticle.ukm.my/8550/1/Kamus_dan_peranannya.pdf |
Summary: | Kajian ini berfokus kepada peranan dan pencarian ciri kamus yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari
bahasa khususnya dari aspek leksikal. Leksikal diertikan sebagai perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu
bahasa, dalam erti kata yang lebih mudah leksikal merupakan kata-kata isi (content word), ertinya kata-kata yang
mempunyai makna dan dapat berdiri dengan sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam sesuatu ayat. Objektif utama
kajian ini adalah untuk mengesahkan peranan kamus dalam menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa
dengan penerapan teori Behaviorisme Bertujuan. Objektif berikutnya pula adalah untuk mengenal pasti ciri kamus
yang dapat membantu memperkembang kosa kata kanak-kanak. Penekanan pembelajaran bahasa hanya melibatkan
penguasaan bahasa pada aspek leksikal sahaja, manakala ciri kamus pula dilihat pada lemma kamus. Penghuraian
data akan dilakukan secara kualitatif. Sampel kajian terdiri daripada 50 responden kanak-kanak berumur 6 tahun.
Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan dengan tinjauan, pemerhatian, rakaman dan soal selidik terhadap
responden kajian. Soal selidik mencakupi soalan tentang pengetahuan berkaitan kamus serta maklumat berkaitan
faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi penguasaan leksikal kanak-kanak. Responden juga diberi ujian
kosa kata bagi mengenal pasti ciri kamus. Dapatan kajian membuktikan bahawa kamus merupakan medium yang
dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa, manakala kamus yang mempunyai entri atau lemma
yang sesuai didapati berupaya membantu kanak-kanak memperkembang kosa kata. |
---|