Pemikiran Politik: Pemimpin dan Kepemimpinan dalam Novel Shahnon Ahmad
Makalah ini adalah untuk melihat pemikiran politik: pemimpin dan kepimpinan dalam novel Shahnon Ahmad iaitu novel Shit, dan Patriarch. Makalah ini didasarkan kepada sikap pemimpin politik yang sering ditimbulkan oleh pengarang dalam karyanya yang dikaitkan dengan pengalaman beliau sendiri dalam du...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8549/ http://journalarticle.ukm.my/8549/ http://journalarticle.ukm.my/8549/1/Pemikiran_politik.pdf |
Summary: | Makalah ini adalah untuk melihat pemikiran politik: pemimpin dan kepimpinan dalam novel Shahnon Ahmad iaitu
novel Shit, dan Patriarch. Makalah ini didasarkan kepada sikap pemimpin politik yang sering ditimbulkan oleh
pengarang dalam karyanya yang dikaitkan dengan pengalaman beliau sendiri dalam dunia politik tanah air. Selain
itu makalah ini juga ingin melihat sejauh mana kepincangan dalam dunia politik akibat daripada sikap pemimpin
kerana karya yang dihasilkan oleh beliau kebanyakannya melihat permasalahan dalam dunia politik yang dikaitkan
dengan pengalaman beliau sendiri yang pernah terlibat dalam politik di tanah air dengan mengemukakannya dalam
bentuk karya kreatif. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis pemikiran politik pemimpin dan
kepimpinan yang terdapat dalam novel-novel Shahnon Ahmad. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan,
menganalisis kandungan teks dan pengaplikasian teori Konseptual Kata Kunci bagi menguatkan lagi hujah yang
ingin disampaikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pemikiran politik dalam novel Shahnon Ahmad iaitu
pemikiran politik tentang pemimpin dan kepimpinan yang melihat kepada sikap pemimpin yang berperwatakan negatif
dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Rumusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa keduadua
buah novel Shahnon Ahmad mempunyai pemikiran politik pemimpin dan kepimpinan berdasarkan analisis teori
Konseptual Kata Kunci. |
---|