Konflik Kejiwaan dalam Novel Interlok karya Abdullah Hussain (1996)

Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan konflik jiwa yang dialami Maniam dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain (1996). Watak Maniam dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan kepelbagaian konflik yang dialami dalam usaha mencapai kehidupan yang sempurna. Maklumat kajian diperoleh melalui tekn...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Rusli, Nur Farahkhanna
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2015
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8548/
http://journalarticle.ukm.my/8548/
http://journalarticle.ukm.my/8548/1/Konflik_kejiwaan_dalam_novel_interlok.pdf
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan konflik jiwa yang dialami Maniam dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain (1996). Watak Maniam dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan kepelbagaian konflik yang dialami dalam usaha mencapai kehidupan yang sempurna. Maklumat kajian diperoleh melalui teknik kepustakaan, iaitu meneliti sumber-sumber bertulis yang berhubung kait dengan permasalahan jiwa yang dialami oleh watak-watak dalam sesebuah karya. Tiga pendekatan akan digunakan untuk menganalisis aspek kejiwaan, iaitu Psikoanalisis Sigmund Freud, Humanistik Abraham Maslow dan Psikologi Islam. Setiap pendekatan berperanan mencetus dan mengawal konflik jiwa yang dialami watak dalam karya. Hasil kajian mendapati konflik kejiwaan yang dialami Maniam bermula dari rangsangan luaran yang mendorong pembentukan id dan akhirnya mempengaruhi tindakan separa sedar untuk menangani konflik tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan kegagalan menggunakan akal untuk berfikir secara logik dan rasional dalam menangani permasalahan menyebabkan manusia bertindak melakukan perkara yang mendatangkan keburukan kepada diri sendiri seperti yang berlaku pada watak Maniam.