Kajian pelemahan hujan pada jalur Ku dan Jalur Ka di Malaysia menggunakan data satelit TRMM
Hujan adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemerosotan isyarat pada perambatan gelombang radio pada frekuensi melebihi 10 GHz. Kesan ini lebih teruk di rantau tropika dan khatulistiwa seperti Malaysia yang menghadapi keamatan hujan yang lebih tinggi sepanjang tahun. Jumlah pengumpulan hujan d...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi.
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8525/ http://journalarticle.ukm.my/8525/ http://journalarticle.ukm.my/8525/1/348-476-1-SM.pdf |
Summary: | Hujan adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemerosotan isyarat pada perambatan gelombang radio pada frekuensi
melebihi 10 GHz. Kesan ini lebih teruk di rantau tropika dan khatulistiwa seperti Malaysia yang menghadapi keamatan hujan
yang lebih tinggi sepanjang tahun. Jumlah pengumpulan hujan diperolehi daripada satelit Tropical Rainfall Measuring
Mission (TRMM) digunakan untuk mendapatkan kadar hujan 1 minit untuk mengira nilai ramalan pelemah hujan di jalur
Ku dan jalur Ka bagi Semenanjung Malaysia dalam tempoh 2 tahun (2011-2012) dan di beberapa lokasi di Sabah dan
Sarawak yang dipilih secara rawak. Measat 3 digunakan untuk pengukuran praktikal bagi mengira nilai pelemahan hujan
tahunan. Kesan peranginan angin monsun serta fenomena La-Nina dan El-Nina terhadap nilai pelemahan hujan turut
dikaji. Tempoh yang dikaji dipanjangkan bagi mengkaji fenomena El-Nino dan La-Nina selama lima tahun iaitu pada
tahun 2008-2012. Namun kajian ini hanya dapat dikaji di Malaysia Timur kerana kerana kekurangan data Semenanjung
Malaysia. Model ITU-R dipilih kerana ia merupakan model pelemahan hujan yang terbaik berdasarkan kajian terdahulu
oleh para penyelidik. Hasil daripada kajian ini mendapati kawasan Sabah dan Sarawak mempunyai nilai pelemahan
hujan yang lebih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia walaupun mengalami kadar hujan tahunan yang lebih
tinggi. Hasil kajian sangat berguna sebagai garis panduan untuk merekabentuk sistem perhubungan bumi-ke-ruang serta
mengkaji keberkesanan komunikasi satelit khususnya di Malaysia. |
---|