Hubungan di antara pelaksanaan 5S dan prestasi hijau syarikat pembuatan PKS di Malaysia: satu model konsep
Disebabkan agenda pelestarian global, faktor alam sekitar kini semakin menjadi keutamaan dalam pelaksanaan amalan pengurusan dan strategi keberdayasaingan. Beberapa sistem pengurusan seperti ISO 9001 dan ISO 14001 mampu meningkatkan prestasi syarikat ke arah mencapai keberdayasaingan pasaran. Namu...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi.
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8519/ http://journalarticle.ukm.my/8519/ http://journalarticle.ukm.my/8519/1/342-467-2-PB.pdf |
Summary: | Disebabkan agenda pelestarian global, faktor alam sekitar kini semakin menjadi keutamaan dalam pelaksanaan amalan
pengurusan dan strategi keberdayasaingan. Beberapa sistem pengurusan seperti ISO 9001 dan ISO 14001 mampu
meningkatkan prestasi syarikat ke arah mencapai keberdayasaingan pasaran. Namun, bukan semua syarikat mampu
melaksanakan amalan ini terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Di sebalik kepentingan sektor pembuatan
PKS sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi dan pencemaran alam sekitar dunia, mereka mempunyai
kekangan sumber dalam menangani isu alam sekitar. Sebagai alternatif, konsep pengurusan hijau yang memberi penekanan
kepada penambahbaikan prestasi hijau, iaitu dalam aspek operasi dan alam sekitar telah diperkenalkan. Dalam konteks ini,
amalan 5S merupakan pendekatan yang digunakan secara meluas untuk meningkatkan prestasi syarikat tanpa memerlukan
kos pelaburan yang besar. Pelaksanaannya telah berkembang daripada berkonsepkan prestasi operasi kepada prestasi
hijau. Namun, kejayaan pelaksanaan 5S bergantung kepada ciri-ciri dan faktor-faktor dalaman syarikat. Objektif utama
kajian ini adalah untuk menyiasat sejauh mana konsep 5S digarap sebagai amalan pengurusan hijau di sektor pembuatan
PKS Malaysia. Beberapa hipotesis dan model konsep hubungan pelaksanaan 5S dengan prestasi hijau turut dibina. Dalam
model konsep yang dicadangkan, beberapa faktor merangkumi perancangan strategik, komitmen dan prosedur pelaksanaan
dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan pelaksanaan 5S untuk mencapai prestasi hijau. |
---|