Struktur dan konsistensi sikap makanan terubah suai genetik pengguna muslim: cadangan kerangka konseptual
Hasil inovasi bioteknologi telah merubah amalan pengeluaran dan produk makanan global yang kini mula memanfaatkan kaedah kejuruteraan genetik untuk menghasilkan produk makanan terubah suai genetik (GMF). Namun, manfaat pengeluaran dan penjualan produk GMF sering diperdebatkan dalam kalangan pemegang...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8369/ http://journalarticle.ukm.my/8369/ http://journalarticle.ukm.my/8369/1/7766-20196-1-SM.pdf |
Summary: | Hasil inovasi bioteknologi telah merubah amalan pengeluaran dan produk makanan global yang kini mula memanfaatkan kaedah kejuruteraan genetik untuk menghasilkan produk makanan terubah suai genetik (GMF). Namun, manfaat pengeluaran dan penjualan produk GMF sering diperdebatkan dalam kalangan pemegang taruh. Isu berkaitan keselamatan, kesihatan, moral, agama, dan alam sekitar terus mengundang polemik. Senario ini sebenarnya turut memberikan implikasi kepada pengguna Muslim kerana mereka turut terlibat sebagai pengguna produk makanan. Walau bagaimanapun, kajian sikap GMF lebih tertumpu kepada perspektif pengguna Barat yang majoritinya adalah pengguna non-Muslim. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyumbang literatur kajian sikap GMF daripada perspektif pengguna Muslim dengan mengemukakan cadangan kerangka konseptual berkenaan struktur dan konsistensi sikap GMF. Lapan usul kajian dikemukakan bagi mengukur kerangka konseptual dan perbincangan berkaitan potensi kajian akan turut diperincikan. |
---|