Kebolehupayaan sistem penuaian hujan sebagai bekalan air alternatif di Malaysia: Suatu penelitian awal
Sistem Penuaian Air Hujan dianggap sebagai Kaedah Pengurusan Terbaik atau "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini bukan sahaja bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber bekalan air alternatif yang p...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8328/ http://journalarticle.ukm.my/8328/ http://journalarticle.ukm.my/8328/1/10x.geografia-nov14-sham-edam.pdf |
Summary: | Sistem Penuaian Air Hujan dianggap sebagai Kaedah Pengurusan Terbaik atau "Best Management Practice
(BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini bukan sahaja bertujuan untuk melambatkan aliran air larian
permukaan malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber bekalan air alternatif yang percuma dan selamat
digunakan. Terdapat juga pandangan yang mengatakan sistem tersebut tidak viable dan praktikal memandangkan
kos binaan dan penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sistem berkenaan. Bagaimanapun,
terdapat beberapa kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan faktor ‘return on capital’ atau ROC bagi sistem ini
hanyalah di dalam tempoh masa yang pendek, iaitu antara dua hingga tiga tahun. Artikel ini cuba meneliti tapak
pelaksanaan sistem berkenaan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai makmal ujikaji khusus. Hasil
pengoperasian sistem analisis TANGKINAHRIM (2010), telah mendapati taburan hujan yang konsisten sepanjang
tahun, di samping keluasan tapak tadahan air yang besar dan mencukupi untuk kegunaan operasi pejabat di Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan adalah tinggi iaitu 89.3% dan didapati
saiz tangki yang optimum adalah di sekitar 60 hingga 65 meter padu air yang mampu diisi. Anggaran saiz berkenaan
adalah didapati bersesuaian dengan saiz tadahan, jumlah populasi (pengguna) dan juga perletakan lokasi yang
strategik. |
---|