Menganalisis aras kegersangan di Provinsi Sulawesi Selatan dengan menggunakan kaedah Thornthwaite

Kajian ini bertujuan menyelidik dan menganalisis aras kegersangan yang berlaku di seluruh Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia bagi tempoh 10 tahun (1999 – 2008) mengikut masa dan ruang. Data suhu, kerpasan dan sejatpeluhan daripada 66 stesen kajicuaca di seluruh Sulawesi Selatan telah dianalisis....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shaharuddin Ahmad, Rosmini Maru, Abdul Mollah Jaya, Wahidah Sanusi
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8320/
http://journalarticle.ukm.my/8320/
http://journalarticle.ukm.my/8320/1/2x.geografia-nov14-Shaharuddin-edam1.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menyelidik dan menganalisis aras kegersangan yang berlaku di seluruh Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia bagi tempoh 10 tahun (1999 – 2008) mengikut masa dan ruang. Data suhu, kerpasan dan sejatpeluhan daripada 66 stesen kajicuaca di seluruh Sulawesi Selatan telah dianalisis. Nilai Indeks Kegersangan kemudiannya dikira dengan menggunakan kaedah imbangan air yang telah dikemukakan oleh Thornthwaite-Mather. Dengan menggunakan Teknik Poligon Thiessen, nilai indeks kegersangan telah diplot mengikut kawasan. Hasil kajian mendapati aras kegersangan di Provinsi Sulawesi Selatan telah diklasifikasikan kepada tiga kelas iaitu indeks kegersangan rendah (< 16.7%) yang meliputi daerah Gowa dan Bone di bahagian Selatan, Luwu Utara dan Luwu Timur di bahagian Utara manakala Pinrang dan Enrekang dibahagian tengah. Sementara itu, indeks kegersangan tinggi (> 33.3%) tersebar pada wilayah Palopo di bahagian utara, Sidrap dan Wajo di bahagian tengah, Makassar, Takalar, Jeneponto, Bulukumba dan Selayar di bahagian selatan manakala daerah lain menunjukkan nilai indeks kegersangan yang sederhana (16.7 – 33.3%). Umumnya, faktor utama berlakunya keadaan kersang di Provinsi Sulawesi Selatan ini adalah curahan hujan yang amat kurang dalam tempoh yang lama dan suhu udara yang berpanjangan tinggi sehingga kadar sejat-peluhan yang tinggi. Dengan keadaan ini menyebabkan banyak kawasan pertanian terutamanya yang bergantung semata-mata kepada air hujan gagal menghasilkan hasil pertanian.