Mengenal pasti cabaran pelajar Politeknik di Malaysia menerusi model rasch

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran pelajar di tujuh buah politeknik di seluruh Malaysia. Seramai 252 orang pelajar politeknik dipilih sebagai sampel untuk kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah Senarai Semak Masalah Mooney (SSMM) yang mengandungi 327 item dengan 11 dimensi per...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Ahmad Zamri Khairani
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8295/
http://journalarticle.ukm.my/8295/
http://journalarticle.ukm.my/8295/1/jqma-10-1-paper6.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran pelajar di tujuh buah politeknik di seluruh Malaysia. Seramai 252 orang pelajar politeknik dipilih sebagai sampel untuk kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah Senarai Semak Masalah Mooney (SSMM) yang mengandungi 327 item dengan 11 dimensi permasalahan, iaitu kesihatan, kewangan, rekreasi, persahabatan, sosial, peribadi, keagamaan, keluarga, kerjaya, pengajian dan pembelajaran. Data dianalisis berdasarkan kerangka Model Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh pelajar politeknik ialah dalam dimensi pengajian yang meliputi pengukuran bagi aspek-aspek penyesuaian kendiri di institusi. Dimensi peribadi yang mengukur hubungan peribadi dengan personaliti merupakan komponen cabaran yang kedua penting. Sebaliknya, dimensi persahabatan yang mengukur aspek-aspek persahabatan, seks dan perkahwinan merupakan cabaran yang paling kurang signifikan. Dari segi item individu pula, Item 326 (takut gagal dalam ujian) daripada dimensi pembelajaran merupakan cabaran utama dalam kalangan pelajar politeknik diikuti Item 292 (bimbang terhadap peperiksaan) daripada dimensi pengajian. Kajian ini berguna kepada pihak politeknik khasnya dan pihak IPT amnya terutama dalam penyusunan semula program pembangunan sahsiah diri dan pembinaan item instrumen pengukuran cabaran pelajar politeknik yang lebih terkini dan holistik.