Faktor yang mempengaruhi pembelian insurans perubatan dan kesihatan di Kuala Lumpur
Masyarakat kini amat mementingkan penjagaan kesihatan. Sebarang penyakit mempunyai peluang yang tinggi untuk sembuh sekiranya rawatan awal dilakukan. Rakyat Malaysia boleh memilih untuk mendapatkan rawatan sama ada di hospital atau klinik awam ataupun swasta. Dengan sistem kesihatan swasta, pesak...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8294/ http://journalarticle.ukm.my/8294/ http://journalarticle.ukm.my/8294/1/jqma-10-1-paper5.pdf |
Summary: | Masyarakat kini amat mementingkan penjagaan kesihatan. Sebarang penyakit mempunyai
peluang yang tinggi untuk sembuh sekiranya rawatan awal dilakukan. Rakyat Malaysia boleh
memilih untuk mendapatkan rawatan sama ada di hospital atau klinik awam ataupun swasta.
Dengan sistem kesihatan swasta, pesakit boleh mendapatkan rawatan dengan kadar yang
segera tetapi pastinya kos yang dikenakan juga sejajar dengan kepantasan perkhidmatan yang
diberi. Ini telah mendorong masyarakat untuk membeli insurans perubatan dan kesihatan bagi
membiayai kos perubatan tersebut. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui tahap
permintaan pengguna terhadap pemilikan insurans perubatan dan kesihatan. Selain itu, faktorfaktor
yang mendorong permintaan pengguna membeli insurans perubatan dan kesihatan juga
dikenal pasti. Soal selidik yang mempunyai 23 soalan berskala Likert 5 mata digunakan untuk
mendapatkan maklum balas pengguna. Pengumpulan data telah dijalankan di kawasan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan seramai 387 orang responden telah terlibat dalam kajian ini.
Hasil kajian menggunakan kaedah analisis faktor penerokaan menunjukkan bahawa tahap
pemintaan pengguna terhadap pemilikan insurans perubatan dan kesihatan adalah tinggi dengan
nilai min 4.2661. Faktor yang didapati mendorong permintaan pengguna terhadap insurans
perubatan dan kesihatan adalah perkhidmatan syarikat, pengaruh persekitaran, jenis dan nama
syarikat, kesetiaan jenama serta kadar premium. Didapati perkhidmatan syarikat merupakan
faktor yang paling utama berbanding dengan faktor-faktor lain. Oleh itu, pihak syarikat insurans
perlu menitikberatkan perkhidmatan yang disediakan bagi menarik lebih ramai pelanggan. |
---|