Manfaat daripada pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan di Daerah Song, Sarawak
Penyertaan komuniti adalah antara pendekatan yang telah mendapat perhatian umum khususnya dalam menjayakan program berbentuk pembangunan komuniti. Keprihatinan untuk melibatkan komuniti dalam pembangunan timbul berikutan penemuan bahawa penyertaan komuniti merupakan elemen penting dalam proses pemba...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8274/ http://journalarticle.ukm.my/8274/ http://journalarticle.ukm.my/8274/1/6240-15536-1-PB.pdf |
Summary: | Penyertaan komuniti adalah antara pendekatan yang telah mendapat perhatian umum khususnya dalam menjayakan program berbentuk pembangunan komuniti. Keprihatinan untuk melibatkan komuniti dalam pembangunan timbul berikutan penemuan bahawa penyertaan komuniti merupakan elemen penting dalam proses pembangunan dan merupakan kunci kejayaan kepada projek-projek pembangunan komuniti. Salah satu aspek penyertaan yang harus diberi perhatian adalah penyertaan dalam berkongsi manfaat. Sekiranya tidak wujud sebarang bentuk manfaat atau faedah yang dinikmati oleh komuniti setempat hasil daripada penyertaan dalam projek yang diadakan, maka penyertaan mereka itu tidak bermakna. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan manfaat oleh komuniti Iban dalam pelaksanaan program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Seramai 260 orang Ketua Isi Rumah (KIR) komuniti Iban di rumah panjang telah ditemu selidik menggunakan borang soal selidik. Penemuan kajian menunjukkan hampir kesemua KIR di rumah panjang telah menerima sekurang-kurangnya satu manfaat daripada program di bawah SPKR yang dilaksanakan di tempat mereka. Walau bagaimanapun, didapati sebahagian besar daripada KIR yang telah terlibat dalam berkongsi manfaat aktiviti dan program di bawah SPKR memaklumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang kemudahan dari segi benih tanaman atau ternakan, baja atau makanan ternakan, perkhidmatan pemasaran serta khidmat nasihat yang disediakan di bawah skim tersebut. Ramai juga bilangan KIR yang menyatakan mereka tidak menerima faedah sosial seperti menyertai aktiviti lawatan, meningkatkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta menyertai latihan, kursus dan bengkel yang dilaksanakan di bawah SPKR. |
---|