Agenda Hasan Al-Banna Dalam pembangunan insan menerusi penulisan karya Majmu‘At Al-Rasail

Pembangunan Insan adalah antara misi utama ajaran Islam. Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Makalah ini sedaya upaya cuba...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zainudin Hashim, Fakhrul Adabi Abdul Kadir
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8201/
http://journalarticle.ukm.my/8201/
http://journalarticle.ukm.my/8201/1/94-383-2-PB.pdf
Description
Summary:Pembangunan Insan adalah antara misi utama ajaran Islam. Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Makalah ini sedaya upaya cuba mengupas pandangan Hasan al-Banna dalam penulisan ‘Majmu’at al-Rasail’ yang telah mengemukakan 10 elemen ciri dalam motivasi diri insan menerusi rukun beramal, 10 elemen itu adalah; akidah yang jitu, konsep Ibadat yang menepati piawaian Islam, memelihara tubuh badan agar sentiasa sihat, sentiasa memelihara akhlak terpuji, berusaha menggarap ilmu, mampu berdikari, mampu mengawal dan menguasai diri, bijak dalam mengurus waktu, memiliki disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dan boleh memanfaatkan diri untuk masyarakat. Justeru, motivasi diri dalam ‘Majmu’at al-Rasail’ telah menyumbang kepada aspek pembangunan insan itu sendiri. Kupasan ini diharap dapat mencungkil sumbangan Hasan al-Banna dalam aspek pembangunan insan, terutama dalam konteks melahirkan lebih ramai lagi individu dalam tanah air dan seterusnya masyarakat yang benar-benar berkualiti.