Tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Pendidikan IPTA di Utara Semenanjung Malaysia

Kemahiran komunikasi merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan dikuasai oleh setiap pelajar, sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses pelajaran, persiapan untuk menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Salmi Mohd Dazali, Mohd Isha Awang
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8186/
http://journalarticle.ukm.my/8186/
http://journalarticle.ukm.my/8186/1/44-56_Isha_et_al.UUM.pdf
Description
Summary:Kemahiran komunikasi merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan dikuasai oleh setiap pelajar, sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses pelajaran, persiapan untuk menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar pendidikan. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 152 orang sampel pelajar semester 6 program Sarjana Muda Pendidikan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan menunjukkan kemahiran komunikasi pelajar pendidikan adalah pada tahap yang tinggi. Namun begitu, tahap kebolehan berbahasa Inggeris masih berada pada tahap yang rendah. Hasil analisis ujian-t, juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran komunikasi mengikut jantina. Kajian juga mendapati bahawa kemahiran komunikasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan kajian ini, pihak yang bertanggungjawab harus memberikan perhatian dalam memastikan bakal guru terus memiliki pengetahuan bahasa yang baik sama ada Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris yang seterusnya dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan bakal guru di Malaysia.