Peranan NGO Islam dalam mereliasasikan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia

Pendekatan Islam Hadhari ialah satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan perspektif tamadun Islam. Ia juga boleh diistilahkan sebagai satu sistem, peraturan dan cara hidup yang progresif, maju, dinamik dan bertamadun tinggi yang bertu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham, Salasiah Hanin Hamjah
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8174/
http://journalarticle.ukm.my/8174/
http://journalarticle.ukm.my/8174/1/PERANAN_NGO_ISLAM_DALAM_MEREALISASIKAN.pdf
Description
Summary:Pendekatan Islam Hadhari ialah satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan perspektif tamadun Islam. Ia juga boleh diistilahkan sebagai satu sistem, peraturan dan cara hidup yang progresif, maju, dinamik dan bertamadun tinggi yang bertujuan melahirkan umat manusia yang berilmu dan berbudaya tinggi berasaskan nilai-nilai akhlak mulia serta dapat mengharungi cabaran semasa. Usaha pelaksanaan gagasan pendekatan Islam Hadhari wajar digembleng bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi menjayakan misi Islam Hadhari di Malaysia. Justeru itu, beberapa NGO Islam yang telah dikenal pasti berperanan dalam merealisasikan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia telah dipilih sebagai sampel kajian. Antaranya ialah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Nadwah Ulama dan Ilmuwan Malaysia (NUIM). Kajian ini mendapati setiap NGO Islam tersebut telah melaksanakan pendekatan Islam Hadhari melalui program yang dilaksanakan mengikut tumpuan bidang yang berbeza. Sehubungan ini, dapat disimpulkan bahawa peranan yang ditekankan oleh NGO Islam ialah sebagai pasukan sukarelawan dalam amal Islami dengan menghidupkan peradaban manusia dan semangat camal jamāciyy untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan dinamik dalam mengharungi cabaran dan pelaksanaan wawasan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia.