Kebergantungan orang Kuala ke atas modal insan tradisi dan kaitannya dengan pendayaupayaan ekonomi

Orang Kuala adalah suku kaum Orang Asli di Malaysia yang mempunyai modal insan khusus yang berkaitan dengan laut. Modal insan tersebut dikenali sebagai modal insan tradisi yang diperoleh secara turun-menurun dari generasi awal. Modal insan tradisi Orang Kuala berasaskan laut disebabkan penempatan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Ahmad Amir Zal
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8129/
http://journalarticle.ukm.my/8129/
http://journalarticle.ukm.my/8129/1/7275-18736-1-SM.pdf
Description
Summary:Orang Kuala adalah suku kaum Orang Asli di Malaysia yang mempunyai modal insan khusus yang berkaitan dengan laut. Modal insan tersebut dikenali sebagai modal insan tradisi yang diperoleh secara turun-menurun dari generasi awal. Modal insan tradisi Orang Kuala berasaskan laut disebabkan penempatan mereka berada berhampiran dengan laut, malah mereka turut dikenali sebagai Orang Laut. Seiring dengan pembangunan negara, Orang Kuala turut terlibat dengan perubahan khususnya dalam aspek ekonomi. Sesuai dengan konteks Orang Kuala, penjelasan perubahan ekonomi diperhatikan dari sisi pendayaupayaan ekonomi berasaskan modal insan tradisi yang dimiliki mereka. Walau bagaimanapun, hubungan antara pendayaupayaan ekonomi dan modal insan tradisi Orang Kuala masih menjadi tanda tanya. Bagi menjelaskan persoalan tersebut, makalah ini menyenaraikan dua objektif kajian, iaitu mengenal pasti modal insan tradisi yang dimiliki dan digunakan oleh Orang Kuala dan menjelaskan hubungan antara pemilikan dan penggunaan modal insan tradisi dengan pendayaupayaan ekonomi. Data telah diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik kajian ke atas 267 orang responden dari kalangan Orang Kuala di Johor. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS dan melaksanakan prosedur statistik MANCOVA. Hasil kajian menunjukkan modal insan tradisi kurang dimiliki dan digunakan oleh Orang Kuala. Kajian turut menunjukkan tidak terdapat kesan pemilikan dan penggunaan modal insan tradisi ke atas pendayaupayaan ekonomi Orang Kuala. Kesimpulannya, modal insan tradisi Orang Kuala tidak mampu untuk mencapai pendayaupayaan ekonomi. Sungguhpun demikian, bukanlah bermakna modal insan tradisi tidak mempunyai nilai positif untuk mengubah ekonomi Orang Kuala, sebaliknya modal insan tradisi perlu diberikan nafas baru berasaskan pendekatan pembangunan komuniti lestari yang berasaskan pembinaan kapasiti ke atas modal insan tradisi mereka.