Penentu penglibatan pekerja dalam Latihan Pembangunan Sumber Manusia Berhad
Kejayaan sesebuah organisasi sangat bergantung pada pekerjanya. Setiap pekerja, sama ada di peringkat atasan, pertengahan atau bawahan, merupakan aset penting kepada organisasi tempat mereka bekerja. Oleh yang demikian, pelaburan modal insan dalam latihan pekerja merupakan satu strategi yang amat...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8094/ http://journalarticle.ukm.my/8094/ http://journalarticle.ukm.my/8094/1/5577-13421-1-SM.pdf |
Summary: | Kejayaan sesebuah organisasi sangat bergantung pada pekerjanya. Setiap pekerja, sama ada di peringkat atasan,
pertengahan atau bawahan, merupakan aset penting kepada organisasi tempat mereka bekerja. Oleh yang demikian,
pelaburan modal insan dalam latihan pekerja merupakan satu strategi yang amat penting kepada pembangunan
organisasi. Menyedari peri pentingnya latihan pekerja, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu badan yang diberi
nama Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM) pada tahun 1992 dan namanya telah ditukar kepada Pembangunan
Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada tahun 2002. Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk mengendalikan latihan
pekerja di bawah satu dana yang diberi nama Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM). Namun
penglibatan pekerja dalam latihan bergantung kepada banyak faktor. Artikel ini bertujuan mengenalpasti faktor
penentu penglibatan pekerja dalam skim latihan di bawah PSMB. Analisis menggunakan data 817 orang pekerja dalam
sub-sektor perkhidmatan terpilih iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta sektor perhotelan yang dikutip
pada tahun 2008/2009 di tiga kawasan, iaitu Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka dipilih daripada
senarai pekerja syarikat yang berdaftar dengan PSMB. Hasil kajian ini mendapati faktor demografi, tahun bersekolah
dan ciri-ciri pekerjaan penting dalam menentukan penglibatan pekerja dalam latihan PSMB. Didapati pekerja lelaki
dan kaum Melayu kurang berpeluang terlibat dalam latihan PSMB dibandingkan dengan masing-masing pekerja
wanita dan kaum India. Hubungan tahun bersekolah dengan keterlibatan pekerja dalam latihan PSMB adalah negatif,
manakala pekerja sektor ICT kurang berpeluang terlibat dengan latihan dibandingkan dengan pekerja sektor perhotelan.
Sementara penglibatan pekerja juruteknik dan profesional bersekutu serta pekerja sepenuh masa dalam latihan PSMB
juga didapati lebih tinggi daripada masing-masing pekerja perkhidmatan dan jualan serta pekerja separuh masa. |
---|