Impak kredit mikro ke atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan sahabat amanah ikhtiar

Artikel ini bertujuan menganalisis impak kredit mikro ke atas agihan pendapatan di kalangan Sahabat Amanah Ikhtiar di negeri Kedah dan Kelantan. Untuk melihat kesan ke atas agihan pendapatan, kajian ini menggunakan pekali Gini yang diperkenalkan oleh Yao (1997). Kajian menggunakan data yang dipero...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Saifoul Zamzuri Noor, Siti Hadijah Che-Mat, Roslan Abdul-Hakim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8091/
http://journalarticle.ukm.my/8091/
http://journalarticle.ukm.my/8091/1/5574-13414-1-SM.pdf
Description
Summary:Artikel ini bertujuan menganalisis impak kredit mikro ke atas agihan pendapatan di kalangan Sahabat Amanah Ikhtiar di negeri Kedah dan Kelantan. Untuk melihat kesan ke atas agihan pendapatan, kajian ini menggunakan pekali Gini yang diperkenalkan oleh Yao (1997). Kajian menggunakan data yang diperolehi dari Kajian Penyelidikan Impak 6 AIM. Sebanyak 495 responden telah ditemubual dengan menggunakan kaedah temuduga secara bersemuka. Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis mengikut cawangan di kedua-dua wilayah Kedah dan Kelantan. Kajian mendapati pendapatan dari sumber aktiviti yang dibiayai oleh kredit mikro ini memberi kesan kesamarataan (equalising effect) ke atas ketaksamarataan pendapatan. Dengan andaian ceteris paribus, peningkatan syer pendapatan daripada sumber aktiviti kredit mikro akan memacu kepada pengurangan dalam jumlah ketaksamarataan pendapatan isi rumah.