Puisi Intan dalam pengajaran bahasa Melayu: satu kajian penerokaan

Puisi Intan ialah istilah yang penulis berikan kepada satu genre yang semakin popular di laman maya yang dikenali sebagai “diamante” atau “diamond poems.” Nama ‘intan’ ini diilhamkan daripada bentuk grafik puisi ini, yang menyerupai bentuk permata yang bergemerlapan itu. Penulisan Puisi Intan ini te...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Kamsiah Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7985/
http://journalarticle.ukm.my/7985/
http://journalarticle.ukm.my/7985/1/4PuisiIntan.pdf
Description
Summary:Puisi Intan ialah istilah yang penulis berikan kepada satu genre yang semakin popular di laman maya yang dikenali sebagai “diamante” atau “diamond poems.” Nama ‘intan’ ini diilhamkan daripada bentuk grafik puisi ini, yang menyerupai bentuk permata yang bergemerlapan itu. Penulisan Puisi Intan ini telah mula diperkenalkan oleh pengkaji ke dalam dunia pendidikan bahasa Melayu selama beberapa tahun kepada guru-guru pelatih program Diploma Pendidikan, Sarjana Muda Sastera dan kemudian kepada para peserta Program Sarjana Pendidikan (PDCM). Namun, ia belum diajar secara menyeluruh dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh demikian, kajian ini dijalankan khusus untuk meneroka kewajaran dan kebolehlaksanaan mengajar jenis puisi ini kepada pelajar-pelajar bahasa Melayu. Dalam kajian eksploratori ini, responden yang terdiri daripada satu kohort guru-guru pelatih dan satu kohort guru berpengalaman yang telah diperkenalkan dan diajar jenis puisi ini telah memberi maklum balas berupa renungan sebagai data berbentuk kualitatif. Hasil analisis data menunjukkan bahawa Puisi Intan mempunyai potensi besar sebagai satu genre yang boleh diperkenalkan ke dalam kurikulum pengajaran bahasa dan juga sastera Melayu, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.